Anwar Yakin Bebas 10 Febuari ini, Saiful Redha!




DS Anwar Ibrahim yakin dibebaskan dari tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 10 Februari ini.

Ia berdasarkan kepada penghujahan pasukan guaman, beliau yakin akan dibebaskan kerana perincian fakta dan undang-undang kukuh yang telah dibentangkan di hadapan panel Mahkamah Persekutuan.

“Saya panjatkan doa pada ALLAH Yang Maha Esa agar keadilan dapat ditegakkan dan saya dibebaskan.


“Fitnah tidak wajar dijadikan alat dalam tinju politik dan diberi ruang untuk memporak-perandakan negara,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu Mohd Saiful Bukhari Azlan reda dengan apa juga keputusan kes liwatnya.

Saiful menerusi laman Twitternya berkata beliau yakin dengan sistem perundangan di negara ini dan selebihnya terserah kepada Allah SWT.

“Hampir tujuh tahun kes. Akan terus doa, sabar dan istiqamah,” tulisnya.

Sumber

0 Response to "Anwar Yakin Bebas 10 Febuari ini, Saiful Redha!"

Catat Ulasan