R&R Seremban Ditutup Sementara




KUALA LUMPUR - Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Seremban di Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) akan ditutup sementara untuk kerja-kerja penyelenggaraan bermula esok hingga Khamis ini.

Projek Lebuhraya Usahasama Berhad (PLUS) dalam satu kenyataan berkata R&R Seremban di KM274.4 arah selatan akan ditutup dari 8.30 pagi hingga 7 malam esok manakala R&R Seremban arah utara di KM272.2 ditutup Khamis ini pada waktu yang sama.


Menurut Plus, semasa kerja penyelenggaraan itu dijalankan, semua gerai dan kemudahan awam turut ditutup kecuali stesen minyak.

Pengguna lebuh raya dinasihat merancang perjalanan dan mematuhi arahan Plus.

Sumber

0 Response to "R&R Seremban Ditutup Sementara"

Catat Ulasan