Australia Tidak Benarkan Sirul Dibawa Pulang Jika Dia Dihukum Mati




Australia bertegas tidak akan memenuhi permohonan kerajaan Malaysia untuk mendapatkan perintah ekstradisi bagi membawa pulang bekas anggota elit polis, Sirul Azhar Umar, kerana ia melibatkan hukuman mati.



Lapor Sydney Morning Herald, Jabatan Peguam Australia berkata, permohonan itu hanya akan dipenuhi jika Malaysia berjanji tidak akan melaksanakan hukuman mati tersebut.



"Undang-undang ekstradisi Australia tidak membenarkan seorang individu diserahkan kepada sebuah negara untuk satu kesalahan yang boleh dihukum dengan hukuman mati, melainkan negara itu memberi kepada Australia satu janji bahawa hukuman mati tidak akan dijalankan,”.



Australia merupakan salah sebuah negara yang tidak memperuntukkan hukuman mati dalam undang-undangnya.



Sirul Azhar, yang merupakan tertuduh kedua kes pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu, tidak hadir ke mahkamah pada hari Selasa lalu dan susulan itu Mahkamah Persekutuan mengeluarkan waran tangkap terhadapnya



Mahkamah Persekutuan menjatuhkan hukuman mati ke atas kedua-dua anggota Unit Tindakan Khas (UTK) selepas didapati bersalah membunuh Altantuya sembilan tahun lepas. 



0 Response to "Australia Tidak Benarkan Sirul Dibawa Pulang Jika Dia Dihukum Mati"

Catat Ulasan