Pekerja Tol Maju Expressway (MEX) Kurang Ajar!




Pekerja tol atau nama lainnya toll gate girl di MEX Highway sangat kurang ajar.



Kalau dulu kita selalu mendengar kisah pengguna maki hamun syarikat tol dan pekerja tol. Sekarang, pekerja tol sendiri sudah berani memaki hamun dan memekik kepada pengguna highway.



Aku dan husband lalu MEX Highway Toll dan kebetulan perempuan gila pakai tudung maki suami aku sebab terjatuhkan duit syiling. Walaupun suami aku dah bagi duit syilling yang lain, dia masih maki-maki dan menjerit-jerit siap sound lagi



"Bagi duit tu betul-betul aah!!'



Yang menjadi tanda tanya, kami report kepada pekerja lelaki yang kebetulan ada di situ dan dia kata perempuan 'bangsat' itu dah banyak kali maki pengguna MEX Highway.



Malang sekali, manager MEX Highway dah balik kerja. Tak dapat kami nak 'basuh' perempuan jahat itu depan manager.



Persoalannya, kalau dah banyak kali toll gate girl MEX Highway ini maki pengguna tol, kenapa masih simpan lagi? 



Tujuan aku tulis aduan rakyat ni supaya pihak MEX Highway ambil tindakan tegas terhadap pekerja mereka yang kurang ajar itu. Kami bayar tol bukan untuk sakit kepala dan dihina!!!!



Kredit - Sempoi (pengadu)

0 Response to "Pekerja Tol Maju Expressway (MEX) Kurang Ajar!"

Catat Ulasan