KUALA LUMPUR 20 Jan. – Mahkamah Tinggi di sini menetapkan 10 Februari ini keputusan permohonan Zizan Razak dan syarikat Wire Frame Entertainment Sdn. Bhd.
(Wire Fame) untuk membatalkan saman bekas pengurus pelawak itu berhubung pembekuan akaun syarikat tersebut sehingga menyebabkan kerugian terhadap beliau.
Hakim Datuk John Louis O’Hara menetapkan tarikh itu selepas mendengar permohonan peguam Rishwant Singh mewakili Zizan dan peguam Jimmy Liew mewakili Wire Fame, manakala Marina Juki diwakili Sarjit Singh Sandhu dan Harjit Sandhu dan Wan Nurliyana Abdul Rahman hari ini.
Marina pada 30 September 2014, memfailkan saman ke atas Zizan atau nama sebenarnya, Mohd. Razizan Ab. Razak, 30, yang dinamakan defendan kedua, manakala Maybank Islamic Bhd. (Maybank Islamic) defendan pertama dan Wire Fame defendan ketiga. – UTUSAN ONLINE
0 Response to "Keputusan Permohonan Zizan, Wire Fame Batal Saman, 10 Februari"
Catat Ulasan