Kekasih kepada pelakon sensasi Hanez Suraya, Romie Razin sememangnya memasang cita-cita mahu memperisterikan Hanez sejak di awal perkenalan mereka.
Namun, usahawan berjaya ini sudah pun bergelar suami orang pada ketika itu. Mungkin Romie bercadang mahu berpoligami.
Pelbagai rintangan dan halangan menimpa pasangan kekasih ini tetapi jodoh mereka memang amat kuat. Mereka bakal bernikah pada bulan Jun ini.
“Syukur Alhamdulillah segala-galanya terus dipermudahkan. Niat saya dari awal mengenali Hanez memang nak jadikan dia sebagai teman hidup saya. Tetapi lumrah dalam mana-mana hubungan pasti ada rintangan yang melanda.
Ia menjadi kayu pengukur sejauh mana hubungan ini akan bertahan. Dalam hubungan kami pun, kami pernah melalui fasa berantakan. Tetapi saya tak pernah putus asa untuk terus memilikinya sekali gus memperisterikannya.
Ketika kami putus. Saya rasa kehilangan. Anak saya (dari perkahwinan terdahulu) pun sudah rapat dengannya. Jadi saya cuba memujuknya kembali. Tetapi bukan senang untuk memenangi semula hatinya,” luah Romie.
Sumber
0 Response to "Luahan Sayu Romie Mengenai Hanez Suraya Bisa Mengalirkan Air Mata"
Catat Ulasan