Seorang
pemain bola sepak Jerman bernama Danny Blum yang mengumumkan telah memeluk agama
Islam dan menyifatkan agama ini sebagai sumber kekuatan kepada dirinya.
“Islam
memberi saya harapan dan kekuatan. Solat menenangkan jiwa saya,” beritahu Blum
kepada akhbar Bild pada hari Isnin lalu.
Blum
yang menyertai FC Nurnberg di Bavaria sejak Julai lalu juga pernah mengalami
kecederaan lutut dan terpaksa berehat selama enam bulan.
Bagaimanapun,
beberapa minggu yang lalu pemain bola sepak ini akui mengambil keputusan untuk
memeluk islam setelah tertarik agama ini ketika dalam lawatannya ke sebuah
masjid.
“Saya
ada melawat sebuah masjid dan entah mengapa saya terus tertarik untuk mengetahui
lebih dalam mengenai agama ini.” kata Blum.
Jejaka
berusia 24 tahun ini akui sedang belajar mengamalkan ajaran agama Islam seperti
solat dan pengambilan makanan halal.
Menurut
Blum, pada mulanya dia gusar dan takut keputusannya memeluk agama Islam dihalang
oleh ibu bapanya namun berita tersebut disambut baik oleh keluarganya.
“Mereka
adalah orang Kristian yang taat. Tetapi tidak lama selepas itu mereka berkata
yang saya perlu berbuat demikian jika saya percaya bahawa Islam adalah agama
betul,” katanya.
Kisah
Danny Blum yang memeluk agama Islam ini heboh diperkatakan oleh media
barat.
0 Response to "MasyaAllah! Pemain Bola Sepak Jerman Umum Peluk Agama Islam"
Catat Ulasan