10 jam yang lalu, Pencetus Ummah Rahmat Ikhsan memuat naik status di laman Facebook yang ditujukan kepada adik-adik mangsa banjir yang tidak mempunyai uniform sekolah agar menghadiri sesi persekolahan baru dengan pakaian biasa walaupun ada yang akan mengejek, memerli dan menganjing mereka.
“Cakap je, dekat Universiti nanti bukan pakai uniform pun (sambil angkat thumbs up) dan adik boleh mesej no tema abang di talian 018-3724844 untuk kami belanja baju sekolah, kami usahakan,” katanya.
Bagaimanapun, niatnya itu disalahertikan oleh netizen yang menganggap beliau cuba mengajar pelajar sekolah menjawab guru dengan biadab sekali gus menghilangkan rasa hormat pada golongan pendidik.
Tidak kurang juga ada yang menyatakan kekecewaan mereka terhadap status PU Rahmat Ikhsan yang dianggap berniat jahat memburukkan imej guru.
Tampil menjawab tuduhan tidak berasas itu, PU Rahmat Ikhsan memberikan jawapan berikut:
Assalamualaikum Saya Pencetus Ummah Rahmat Ikhsan
PERSOALAN
1) PU ajar budak budak tak ikut peraturan?
jawapan PU ajar budak pergi sekolah dan letakkan keutamaan belajar walau belum berkemampuan kerana tidak ada baju sekolah
saya kenal budak miskin dan anak anak yang ditimpa banjir yang malu nak kesekolah kerana tiada baju sekolah risau diperli
2) PU ajar budak kurang ajar dengan Cikgu??
jawapan : saya tak ajar budak masuk sekolah maki cikgu , saya ajar budak memberi jawapan yang tepat kepada guru yang tidak tepat, kan saya mention KALAU .. KALAU ,, KALAU ada kalau tak da adik adik jangan buat ye, hormat guru dan juga KALAU EJEK, itu jawapan abag rahmat ajar
dan ramai bahkan majoriti CIKGU CIKGU MEMAHAMI ! TAHNIAH cikgu pendidik ummah
3) ISU MENGANJING , menganjing sama erti dengan mengejek atau sarcasm.. contoh ayat yang akan keluar pada mulut anak anak nakal
kenapa ko datang sekolah weiiii... pi bersihkan rumah dan baju sekolah dulu laaaaa..
dan maaf jika ayat menganjing ini kasar tetapi di Tafsir Quran INDONESIA ada menggunakan ayat menganjing
sikap ‘menganjing’ inilah yang telah dinyatakan dengan jelas dalam surah Al-A'raf Ayat 176 . Allah jadikan sikap menjelir lidah dan tidak mahu bertindak mengikut arahan pada anjing itu sebagai perumpamaan kepada satu sifat keji yang dibenci. Kerana itu ciri najis pada anjing itu dikatakan terkait rapat dengan lidah dan air liurnya.
Orang Terengganu atau Kelantan pasti bersetuju dengan perumpamaan ‘menganjing’ ini kerana mereka memang mengatakannya setiap hari pada sesiapa saja yang bersikap acuh tak acuh atau suka mengejek atau mempermain-mainkan rakannya.
Menegur tidak, mencegah pun tidak, tapi cukup bising, melalak dengan pelbagai tohmahan yang amat pedas.
kepada yang masih tak faham, saya nak bergurau ni.. saya boleh beri bantuan KISMIS
assalam ^^
0 Response to "Pencetus Ummah Belanja Adik-Adik Mangsa Banjir Pakaian Sekolah"
Catat Ulasan