
LOKASI
kanak-kanak terjatuh (dalam bulatan)
Ampang: Seorang
kanak-kanak lelaki berusia lima tahun maut terjatuh dari tingkat lapan
kediamannya di Taman Nirwana Kampung Pandan, 8 pagi tadi.
Ketua
Polis Daerah Ampang, Asisten Komisioner Khairuldin Saad berkata, mangsa tinggal
bersama ibu bapa, dua adik beradiknya dan seorang pembantu rumah warga
Indonesia.
Menurutnya,
ketika kejadian ibu bapa mangsa bersama kakak dan abangnya tiada di rumah kerana
ke tempat kerja dan sekolah.
“Pembantu
rumah terbabit meninggalkan kediaman itu untuk membeli telur di kedai sebelum
kejadian.
“Bagaimanapun,
sebaik pulang dia mendapati orang ramai berkumpul dan melihat mangsa parah
terbaring atas jalan,” katanya.
Khairuldin
berkata, siasatan awal dipercayai mangsa tersedar dari tidur dan memanjat
basikal yang terletak di balkoni tingkat lapan sebelum terjatuh.
Kes
disiasat mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-kanak dan pembantu rumah kini
sedang disoal siasat.
-Mymetro
Sumber
0 Response to "Sungguh Mengejutkan Kejadian Yg Berlaku di Ampang Ini"
Catat Ulasan