Tiga Mayat Nahas QZ8501 Ditemui Terapung

Memasuki hari kelapan operasi mencari dan menyelamat mangsa pesawat AirAsia Indonesia QZ8501, tiga korban ditemui dalam keadaan terapung.

Melalui portal berita MetroTVNews.com, kesemua mayat tersebut ditemui terapung di perairan Selat Karimata, sekitar 190 kilometer arah barat daya Pangkalan Bun.

Ada tiga mayat di lokasi dan sekitarnya sudah diberi tanda asap oleh helikopter Seahawk milik Amerika Syarikat setelah mendapat maklumat daripada pesawat Jepun,” ujar juruterbang CN2906, Setiawan.

32



Katanya lagi, ketika tinjauan dari udara, ketiga-tiga jasad penumpang itu dilihat berada tidak jauh dari lokasi penemuan mayat pada hari ketiga iaitu hanya sekitar 100 meter.

Menurut portal detiknews pula, 20 pesawat dan 27 kapal digunakan oleh BASARNAS bagi melancarkan operasi mencari dan menyelamat mangsa QZ8501 pada hari ini (Ahad).

Malaysia turut melibatkan diri dengan menghantar tiga unit kapal bagi membantu anggota penyelamat meneruskan operasi mengesan bangkai pesawat dan 162 penumpang termasuk lima anak kapal dan dua juruterbang QZ8501. - MYNEWSHUB.CC

Oleh : IZZAT MOHD ANUAR

Misi Pencarian Pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 – Astro Awani

0 Response to "Tiga Mayat Nahas QZ8501 Ditemui Terapung"

Catat Ulasan