Cadangan Umur Saraan 60 Ke 62, Halang Peluang Generasi Muda

Cadangan lanjutan umur persaraan penjawat awam dari 60 tahun ke 62 tahun seperti yang dicadangkan oleh CUEPACS sebenarnya menutup serta menghalang peluang generasi muda mendapat kerja di dalam sektor awam.





Cadangan Umur Saraan 60 Ke 62, Halang Peluang Generasi Muda, info, terkini, berita, CUEPACS



Langkah itu akan menyebabkan ketidakseimbangan apabila jumlah pesara setiap tahun semakin berkurangan, sedangkan jumlah graduan yang dihasilkan oleh institut pengajian tinggi semakin hari semakin meningkat.

Tidak dinafikan peluang pekerjaan ada di mana-mana tidak kira sektor awam ataupun swasta, tetapi sekiranya jumlah pengambilan bagi sektor awam berkurangan, maka negara akan rugi tenaga kerja orang muda. Dalam masa yang sama, jumlah bilangan penganggur akan semakin meningkat.

CUEPACS perlu ingat, generasi muda juga mempunyai idea-idea baru yang boleh disumbangkan kepada kerajaan berbanding penjawat awam yang sudah berusia dan tepu otaknya.

Cadangan CUEPACS ini hanya akan memberikan kesan buruk kepada kenaikan pangkat pegawai awam yang telah lama berkhidmat dimana seseorang penjawat awam itu perlu menunggu pegawai di atasnya meletak jawatan, bersara secara pilihan, atau meninggal barulah boleh dinaikkan pangkat. Itu pun jika bernasib baik.

Lebih 86% penjawat awam menyatakan bantahan terhadap cadangan karut CUEPACS berdasarkan kajian secara online.

93% penjawat awam pula memilih agar umur berpencen dikembalikan semula kepada umur 55 tahun sekali gus dapat memberi peluang untuk pesara menikmati duit pencen selain dari meluangkan masa bersama cucu dan keluarga serta beramal ibadah.

Sabtu yang lalu, Presiden CUEPACS, Datuk Azih Muda berkata, kebanyakan negara telah melanjutkan usia persaraan kepada 65 tahun, seiring dengan status negara maju dan Malaysia katanya harus mengambil langkah yang sama.

Sumber : thehypemedia

0 Response to "Cadangan Umur Saraan 60 Ke 62, Halang Peluang Generasi Muda"

Catat Ulasan