Penyanyi Kaka Azraff menafikan dakwaan mengatakan dirinya merampas kekasih Tasha Shilla sehingga menyebabkan pelakon itu putus cinta dengan teman lelakinya, Hans, baru-baru ini.
Kaka yang nyata terkejut dengan dakwaan tersebut turut mempersoalkan kenapa namanya dikaitkan sedangkan dia langsung tidak ada kena-mengena dalam hal pasangan terbabit.
“Saya tidak faham mengapa saya yang perlu menjawab mengenai gosip ini.
“Sebaliknya, mereka lebih berhak menjawab setiap persoalan kerana Tasha dan Hans lebih tahu apa yang berlaku antara mereka,” katanya, memetik laporan Berita Harian.
Enggan dikaitkan dengan permasalahan yang melanda pasangan itu Kaka berkata, “Saya harap mereka dapat selesaikan masalah dengan cara baik tanpa membabitkan nama orang lain. Jadi, saya tidak ada apa-apa nak cakap kerana ini adalah hal mereka dan bukan hal saya.”
Hmm, tu lah agak pelik pula bila tiba-tiba nama Kaka dikaitkan sebagai punca keretakan hubungan Tasha dan Hans.
Tak mengapalah Kaka, anggap saja ini gosip-gosip manja yang sememangnya menjadi asam garam dalam kehidupan seseorang selebriti, lebih-lebih lagi yang semakin naik namanya seperti Kaka.
Sumber : mynewshub.cc
“Saya tidak faham mengapa saya yang perlu menjawab mengenai gosip ini.
“Sebaliknya, mereka lebih berhak menjawab setiap persoalan kerana Tasha dan Hans lebih tahu apa yang berlaku antara mereka,” katanya, memetik laporan Berita Harian.
Hmm, tu lah agak pelik pula bila tiba-tiba nama Kaka dikaitkan sebagai punca keretakan hubungan Tasha dan Hans.
Tak mengapalah Kaka, anggap saja ini gosip-gosip manja yang sememangnya menjadi asam garam dalam kehidupan seseorang selebriti, lebih-lebih lagi yang semakin naik namanya seperti Kaka.
Sumber : mynewshub.cc
0 Response to "Kaka Didakwa Rampas Kekasih Tasha Shilla?"
Catat Ulasan