Kekejaman Pengasuh Akhirnya Dirakamkan Ibu Dalam CCTV

Kekejaman seorang pengasuh wanita yang mendera budak di bawah jagaannya akhirnya terbongkar selepas ibu kanak-kanak berkenaan, Cristina Ceril memasang kamera CCTV tanpa pengetahuan wanita berkenaan.





Kekejaman Pengasuh Akhirnya Dirakamkan Ibu Dalam CCTV, kes dera, info, terkini, berita, sensasi,



Ceril berbuat demikian selepas mendapati anaknya yang berusia dua dan 10 tahun sering mengalami lebam.

Susulan itu, Ceril cuba mencari jawapannya dan akhirnya barulah dia mengetahui bahawa pengasuh terbabit, Eve Mantaras, 25, merupakan dalang kepada semua kejadian berkenaan.

Dalam rakaman video itu, Ceril mendapati Mantaras telah menampar dan memukul anaknya yang berusia dua tahun yang duduk di atas kerusi kanak-kanak.

Wanita itu kemudiannya mengambil makanan yang disediakan untuk budak itu, lalu makan di depan kanak-kanak tersebut yang kelaparan.

“Jiran-jiran sebelum ini memberitahu sering mendengar anak-anak saya menherit dan menangis, pada hari mereka ditinggalkan dengan pengasuh.

“Apa yang dilakukan itu menyebabkan darah saya menggelegak,’’ katanya yang telah membuat laporan polis.

Polis kini sedang menyiasat kes berkenaan dan akan menggunakan rakaman video itu untuk mendakwa Mantaras atas tuduhan melakukan penderaan.





Sumber : mynewshub

0 Response to "Kekejaman Pengasuh Akhirnya Dirakamkan Ibu Dalam CCTV"

Catat Ulasan