Punca Arja Lee Terkilan Diboikot Produser Drama

Pelakon Arja Lee luah rasa terkilan dan kecewa terhadap dengan produksi drama yang dikatakan cuba menabur pasir dalam rezekinya.





Punca Arja Lee Terkilan Diboikot Produser Drama, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, kontroversi artis, Arja Lee



Menurut kenyataan yang dikongsikan menerusi program hiburan TV  Melodi, dia tidak menyangka perkara ini boleh terjadi tetapi Arja hanya mampu bersabar dan pasrah dengan apa yang berlaku.

“Ia berpunca pada satu tawaran lakonan yang saya terpaksa menolak  atas sebab-sebab tertentu, saya tolak disebabkan komitmen kerja dan fokus saya terhadap dengan satu produksi lain.

“Saya memang tolak cara baik, tidak berkasar dan bahasa saya cakap pun tidaklah menyakitkan hati, itu saya berani jamin, tetapi lain pula jadinya sehingga disalah tafsir mengatakan saya ‘demand’” ujar Arja.

Tambah Arja lagi, dia mempunyai pendirian tersendiri, tidak mengambil semua tawaran dalam satu masa sehingga tidak mampu memberi fokus ketika di lokasi penggambaran.

“Saya bukan jenis tamak, semua tawaran saya sapu, kualiti kerja kena kerja, tapi itulah apabila saya tak mampu nak laksanakan tanggunjawab yang diberikan, lain pula ceritanya.

“Tidak mengapa saya minta maaf kepada mereka yang terbabit, umum mengetahui saya bukan pelakon yang menjadi wajah eksklusif mana-mana stesen TV, saya bergerak bebas,” katanya.

Selain berlakon Arja juga aktif dalam bidang perniagaan iaitu Cookies yang diusahakan sendiri dan juga ahli keluaraga.

Sumber : murai.com.my

0 Response to "Punca Arja Lee Terkilan Diboikot Produser Drama"

Catat Ulasan