Seorang lelaki telah bertindak ganas dengan menumbuk muka teman wanitanya yang baru sahaja habis berpantang serta turut tergamak menendang kepala bayi lelaki yang baru sahaja berusia 46 hari.
Kejadian yang berlaku sekitar jam 4.30 petang kelmarin, suspek dikatakan berang selepas dipinta untuk membeli ubat dalam kejadian yang berlaku di Kampung Padang Air, Gong Badak.
Tindakan kejam suspek yang berusia 20 tahun itu membuatkan bayi malang itu bengkak di bahagian kepala dan masih dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah.
Serangan suspek juga telah membuatkan gadis yang berumur 18 tahun mengalami bengkak pada bahagian pipi.
Kejadian itu berlaku ketika mangsa sedang berehat di rumahnya sebelum didatangi oleh suspek. Suspek yang tidak bekerja itu datang ke rumah untuk menjenguk teman wanita dan bayi itu.
Sumber : thehypemedia

0 Response to "Punca Bapa Sepak Bayi Berusia 46 Hari"
Catat Ulasan