Polis
tidak menolak kemungkinan kematian seorang wanita yang ditemui berlumuran darah
di bawah Apartment Green Avanue Bukit Jalil, Kuala Lumpur petang semalam
berpunca daripada bunuh diri.
Mayat
mangsa, Chong Nyuk Moi, 29, ditemui dalam keadaan tertiarap oleh beberapa
penduduk di situ pada jam 6.25 petang semalam.
Jurucakap
Ibu Pejabat Polis (IPD) Cheras berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung
penemuan mayat seorang perempuan yang dipercayai terjun dari tingkat empat
bangunan itu pada jam 6.28 petang.
Katanya,
beberapa anggota polis bergegas ke tempat kejadian dan mendapati mayat seorang
perempuan yang lengkap berpakaian berada dalam keadaan tertiarap di atas jalan
di bawah bangunan Blok B Green Avanue Bukit Jalil.
"Mangsa
yang bekerja sebagai pramugari syarikat penerbangan MAS dipercayai mati di
tempat kejadian akibat kecederaan teruk di kepala dan badan.
"Hasil
siasatan awal mendapati mangsa dikatakan bertindak terjun dari tingkap rumah di
blok berkenaan berdasarkan bukaan pada tingkap dan juga selari dengan tempat dia
jatuh.
"Tiada
saksi melihat kejadian itu, tetapi dipercayai berlaku ketika hujan lebat sekitar
jam 6.30 petang semalam," katanya.
Menurut
jurucakap itu lagi, polis turut menemubual seorang rakan mangsa yang tinggal
serumah, tetapi tidak sedar kejadian itu berlaku kerana sedang tidur di bilik
berasingan.
Bagaimanapun,
katanya, rakan itu memberitahu pada awal pagi kejadian, mangsa dilihat menangis
seorang diri di bilik tidurnya, tetapi tidak mengetahui punca yang
berlaku.
"Namun,
anggota polis menjumpai nota kecil yang diconteng dengan perkataan yang disyaki
untuk membunuh diri terletak di atas katil dalam bilik tidur
mangsa.
"Keadaan
bilik mangsa tidak berselerak dan dompetnya juga masih berada di atas katil
serta tingkap bilik tidur telah terbuka dan konsisten dengan tempat mangsa
jatuh," katanya.
Siasatan
juga katanya, mendapati kematiannya tiada unsur jenayah dan mangsa dipercayai
bertindak terjun keluar melalui tingkap bilik untuk membunuh diri.
Mayat
Nyuk Moi kemudian di bawa ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM)
untuk bedah siasat.
- Credit
MalaysiaGazette
0 Response to "(4 Gambar) Pramugari MAS maut dilihat menangis sebelum jatuh tingkat 4"
Catat Ulasan