Penyampai TV Maut Ketika Siaran Langsung

Seorang penyampai televisyen rebah lantas maut dalam keadaan tragis ketika sedang bertugas menyampaikan rancangan sukan yang disiarkan secara langsung di Magribi, pada hujung minggu lalu.

Penyampai TV Maut Ketika Siaran Langsung

Ketika kejadian, lelaki itu sedang memegang mikrofon dan mengulas mengenai upacara penyampaian hadiah kepada peserta apabila secara tiba-tiba rebah.

Tidak lama kemudian lelaki itu disahkan meninggal dunia akibat serangan jantung.

Beberapa lelaki kemudiannya mengelilingi penyampai TV itu bagi menghalang rakaman kamera dan keadaan itu berterusan sehinggalah klip secara langsung itu dipotong.

Video mengenai kejadian itu telah dimuatnaik dalam media sosial dan beliau meninggal dunia pada 22 Ogos lalu. – MYNEWSHUB.CC

sumber

0 Response to "Penyampai TV Maut Ketika Siaran Langsung"

Catat Ulasan