Kota
Tinggi: Bayi perempuan berusia empat bulan antara empat maut dalam kemalangan
membabitkan dua kenderaan di Jalan Kota Tinggi-Desaru, di sini, tengah hari
ini.
Kejadian
kira-kira 12 tengah hari itu turut mengakibatkan wanita berusia 22 tahun cedera
selepas kenderaan dinaiki itu terbabit kemalangan dengan sebuah lori
tangki.
Sumber
Jabatan Bomba dan Penyelamat, berkata sebuah jentera bersama lima anggota dari
Balai Bomba dan Penyelamat Penawar ke lokasi kejadian sejurus mendapat maklumat,
pada 12.35 tengah hari.
"Setibanya
pasukan bomba di tempat kejadian didapati berlaku kemalangan maut membabitkan
lori tangki dengan kereta. Bagaimanapun, dua lelaki yang menaiki lori itu gagal
dikesan," katanya. - HM
0 Response to "5 Gambar : Empat terbunuh kemalangan ngeri di Kota Tinggi"
Catat Ulasan