Papar :
Lima beranak maut apabila kenderaan pacuan empat roda dinaiki mereka terbabas
sebelum terbalik ke laluan bertentangan dalam kemalangan di Kilometer 40 Jalan
Kimanis-Keningau, dekat sini, petang semalam.
Dalam
kejadian 5 petang itu, kelima-lima mangsa iaitu pemandu, Nur Fitriati Sukarno,
28, Eka Sudarmono Sukarno, 37, Dwi Rahmahyanti Sukarno, Triana Nur Khasanah
Sukarno, dan ibu mereka, Supiati Mohd Salleh, 53, dipercayai meninggal dunia di
lokasi kejadian.
Seorang
lagi penumpang berusia dua tahun iaitu Muhammad Hamizan Khaidir agak parah dan
kini masih menerima rawatan di Hospital Queen Elizabeth (HQE).
Ketua
Polis Daerah Papar, Deputi Superintendan Geogre Abd Rakman berkata, siasatan
awal mendapati kenderaan dinaiki semua mangsa dalam perjalanan dari Tawau menuju
ke Kimanis.
"Apabila
tiba di lokasi kejadian, tiba-tiba kenderaan yang dipandu Nur Fitriati hilang
kawalan, terbabas sebelum terbalik ke laluan bertentangan.
"Pemandu
dan empat penumpang di dalam kenderaan terbabit disahkan meninggal dunia di
lokasi kejadian," katanya ketika dihubungi.
Katanya,
semua jasad mangsa sudah dihantar ke Hospital Papar untuk bedah siasat sebelum
diserahkan kepada keluarga.
“Kes
disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya.
Al-fatihah - HM
0 Response to "Lelaki pangku budak parah dan ratapi 5 saudara maut!"
Catat Ulasan