$semalam kami dikejutkan dengan berita bahawa wanita ini telahpun meninggalkan suaminya yang didakwa seorang penagih dadah tegar dan menjadikannya hamba seks.
SEBENARNYA,
saya tak sangka hidup saya macam ini. Mungkin suatu hari nanti saya akan
ceritakan sebagai pengajaran mahupun sempadan kepada uolss.
Menempuhi
kehidupan dengan seorang lelaki yang sentiasa di bawah pengaruh dadah syabu,
eramin 5 dan ubat batuk bukan mudah. Dia mampu menjadi seorang yang romantik,
yang sangat sedih, yang sangat ganas, yang sangat berbudi bahasa, yang sangat
kemas, yang sangat kotor, yang sangat bijak, yang sangat bodoh dalam satu-satu
masa.
Saya
bukan pakar masalah sosial, saya juga bukan pakar dadah. Perjalanan hidup mata
hati dibuka sejak 2014 buat pertama kalinya saya melihat jenis-jenis dadah di
depan mata. Tanpa pengalaman, saya tidak tahu menilai kelakuan seseorang yang
berada di bawah pengaruh dadah.
As
what we knoe, saya insan yang penuh concern dan sentiasa menjadi pendengar yang
setia dan cuba membantu. Saya seorang yang pemaaf dan bukan untuk bermusuh
panjang berjela. Pandangan mata, good looking bukan satu jaminan kebahagiaan.
Pendengaran telinga, good spoken bukan satu jaminan untuk kebahagiaan hati yang
hakiki. Kekerapan seks sehari 3 ke 4 kali itu bukan tanda keghairahan cina dalam
hati.
For
those yang tahu, kalau boleh, jauhkan. Jauhkanlah hidup ini dari mereka yang
terlibat dengan dadah. Sometimes kita tak kenal spesis ini macam mana. Jika
percakapannya terlalu manis, lemah lembut, meraih simpati, itulah mereka. They
can create 1,000 story to make you believe and trust to them.
Golongan
ini adalah golongan yang paling mudah wanita-wanita jatuh cinta. Kemanisan
bercinta seperti di alam mimpi-mimpi dan fantas. Golongan ini mampu membelai
cinta-cinta hebat, seks luar biasa sehingga memberikan kesan impak maksima takut
akan kehilangannya.
Siapa
pun yang suami saya berhubung, jika dia sebut "Entahlah abang pun tak tahu
kenapa Hanni Borhan dah tak nak dengan abang," then you get sex with him.
Saya
tidak akan bertanggungjawab apa pun yang terjadi di kemudian hari. Dari suami
saya, saya hanyalah mesin ATM pada dia. Mercedes, BMW to get more woman. For
those wanita yang subcribes saya yang penuh bangga diri ada hubungan dengan
suami saya, percayalah, you takkan dapat apa-apa dari saya. No more invox yang
kononnya suami saya dianiaya oleh saya.
Saya
bersuami, ada pernikahan tetapi lelaki ini tidak tinggal bersama saya. Just drop
by jam 4 pagi ke 5 pagi. Balik minta duit. Kalau tinggal 3 ke 4 hari ending akan
jadi pukul memukul. Jika ada urusan rasmi, dia keluar ikut saya. Pada mata
masyarakat saya bersuami kerana saya sering post gambar-gambar bersama suami.
Hakikatnya, itu adalah gambar lama yang saya dok tayang berulang-ulang.
Suami
ini jenis yang tidak pedulikan ibubapa, anak mahupun isteri. Bagi dia, wanita
adalah sumber seks. Saya bukan nak memburukkan suami, tetapi saya nak
wanita-wanita ini celik.
Dia
mengaku dia suami saya to get you close to him tetapi percayalah dia tidak ada
duit dan sekarang dia sedang melarikan diri kerana ibu bapanya nak memasukkan
dia ke pusat pemuliuhan dadah kerana tidak sanggup melihat dia meminta duit
beribu-ribu sehari daripada saya dan saya sendiri tidak sanggup dipukul, dimaki
setiap hari.
Ini
adalah rahsia saya yang saya pendam. Tujuan post ini untuk wanita-wanita tempat
suami saya having sex dan berlindung melarikan diri. Jika suami saya mendekati
anda wanita, percayalah anda pasti akan disakiti jika saya stop berikan duit.
Ini ubkan buka pekung tetapi minta tolong. Tolong jangan bersubahat dengannya
menganiayai saya.
(anak2 di bajet hotel
sementara mama dapat rumah baru lengkap dgn perabot)
Saya
diugut, jika lagi sekali saya mengadu kepada bapa mertua atau mak mertua,
siaplah hidup saya.
Pagi
Khamis, sewaktu saya menghantar anak-anak ke sekolah, Remi bercakap dengan
ibunya jika Remi tidak dapat apa yang dia mahu, mungkin sebab dia marah kerana
ibunya mahu menghantar dia ke pusat pemulihan dadah dan disokong oleh
saya.
Remi
menyebut hal ini, Remi akan ambil semua kereta-kereta hani dan akan jual. Yang
bestnya, baiknya saya dokumen swap emas semua nama Remi dan paling tak sangka
dia berkata kepada ibunya gudang JSB akan diletupkan dan akan dibakar.
Hancur
hati saya bila bibik sampaikan berita ini. Puas saya memikirkannya. Rasanya
hidup saya sudah tidak diperlukan lagi. Hidup saya cuba dihancurkan oleh insan
yang paling saya sayang.
Saya
tak tangka, pernikahan saya dengan seorang lelaki yang saya anggap romantik,
soft spoken rupa-rupanya inilah dia sebenarnya.
Hidup
saya tak pernah berkira mahupun mengungkit. Saya dikenalkan dengan jenis-jenis
dadah, dibagi lihat, diberitahu perbelanjaan dadah bukannya murah. Dia tidak
bekerja, sehari kos syabu sudah RM600. Dia hisap bukan macam orang hisap dadah.
Dia hisap macam hisap rokok. Belum lagi pil-pil dan ubat batuk yang saya
sangkakan Coke. Semuanya sehari tak habis kurang RM1,000.
Bila
kita tegur, kita dimarhi, dipukul. Nak hidup bahagia tak tamhi dimarah, tak mahu
dimaki dan tak mahu diganggu ketika menguruskan syarikat, saya kena bersikap
terbuka kononnya sporting dan bagi semuanya.
Mana
larat dengna kos itu sahaja sudah habis berpuluh ribu. Tak nak nampak dia
sebagai penagih dan saya sendiri sebagai public figure cukup berhati-hati dengan
penampilan dia agar tidak dicemuh orang. Seminggu sekali saya bagi dia makan
telur setengah masak 10 biji supaya muka dia tetap nampak tembam dan sihat serta
segar. Pakaian dia saya pilih dan belikan supaya dia dilihat sebagai businessman
walaupun dia tidak bekerja dan tidak tahu apa-apa pun jenis bisnes.
Saya
sentiasa mengupload gambar-gambar dia bersama saya yang nampak sweet agar orang
tahu saya bahagia. Tetapi bila dia tidak pulang ke rumah berhari-hari, kemudian
telefon maki-maki, start memaki abang kandung saya yang tidak tahu apa-apa,
start memaki ibu yang melahirkan saya, hati ini bagaikan hilang cinta dan
sayang.
Mungkin
selamai ni, Remi pukul, maki, ambil duit, tipu duit, apa pun saya masih boleh
terima. Bila dia mula 'pukimakkan' ibu saya, mengsialkan abang saya, hati ini
tidak menangis, tidak kecewa, tiba-tiba rasa kosong dan yang pastinya ini bukan
masa depan yang saya cari.
(7 ogos 2015 jam 12mlm tiket
bas keluar dari klang. jam 5pg kami sampai di destinasi kehidupan
baru.)
Sedang
anak-anak tidur, saya kejutkan semua dan bawa ke terminal bas dengan apa yang
kami ada.
Semoga
hidup kami lebih diberkati. Kami ingin jauh dari orang sebegini. Masa depan
anak-anak, kami tidak perlu masalah sosial dalam rumah kami.
Kami
nikah 23 November 2012.
7
Ogos 2015 jam 12 malam kami tinggalkan Klang.
Semoga
hidup kami akan kembali seperti dulu di trek yang diredhai Allah.
Dato
Sri Hanni Borhan
Pengasas
Jamu Susuk Dara
0 Response to "(6 GAMBAR) Jutawan Produk Kecantikan Dedah Sikap Buruk Suami : "Kau Cuma Pencacai Najis Dan Hisap Ko**k Aku!""
Catat Ulasan