ALOR
SETAR – Pende-ritaan sepasang suami isteri yang kehilangan anak perempuan
kesayangan mereka akibat dibunuh dengan kejam, sembilan tahun lalu sedikit
terubat apabila tertuduh kes itu dihukum mati oleh Mahkamah Tinggi di sini
semalam.
Pasangan
suami isteri, Chee Ah Sau, 59, dan isterinya, Lim Kim Nai, 57, ketika ditemui
pemberita menyuarakan rasa lega apabila tertuduh dalam kes itu, Shahril Jaafar,
34, dihukum gantung sampai mati oleh Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Mohd. Zaki
Abdul Wahab.
Kata
Ah Sau, dia berasa lega kerana kes pembunuhan anaknya, seorang eksekutif
pemasaran, Chee Gaik Yap, 25, akhirnya terbela dengan tertuduh dihukum
mati.
“Saya
dan isteri berasa lega dengan keputusan hari ini (semalam) tetapi tidak akan
berpuas hati selagi kes ini tidak selesai sepenuhnya kerana saya dimaklumkan
peguam tertuduh akan buat ra-yuan terhadap hukuman mati tertuduh,” kata Ah Sau
ketika ditemui di luar kamar mahkamah di sini semalam.
- lagi info
menarik di kosmo online 10/8/2015
0 Response to "Anak Datuk Ke Tali Gantung"
Catat Ulasan