Seorang budak perempuan berusia 5 tahun maut selepas tergelincir di dalam bilik air. Masa tu budak tu tengah cuci luka dia lepas kena cakar kucing di rumah dia di Taman Lukut Makmur, Lukut.
Difahamkan budak malang tu, Nur Damia Amani Mohd Azam dicakar dengan kucing belaan diorang di bahagian pipi, muka dan mata. Ni kira ‘kucing makan tuan sendiri’.
Time tu dia dok main dan peluk kucing tu sebelum kucing naik hantu cakar Damia. Damia bangun pi bilik air nak cuci luka tapi tergelincir dan kepala terhentak di lantai bilik air.
Masa kejadian tu dua orang kakak Damia berusia 10 dan 8 tahun perhatikan Damia main tapi nak buat macam mana kan.., dah ditakdirkan begitu cara dia pergi... Al Fatihah..
- Utaranews.com
0 Response to "Anak kecil 5 tahun mati selepas dicakar kucing.. Al Fatihah."
Catat Ulasan