Cucu Nelson Mandela didakwa merogol


JOHANNESBURG: Cucu kepada pemimpin terkenal Afrika Selatan, Nelson Mandela, dihadapkan ke Mahkamah Majistret Johannesburg semalam atas dakwaan merogol seorang gadis berusia 15 tahun.

Mbuso Mandela, 24, kini ditahan di lokap dan akan dihadapkan se-mula ke mahkamah sama Jumaat ini bagi mengetahui dia boleh dijamin atau sebaliknya.

Jurucakap polis, Mashadi Selepe berkata, Mbuso didakwa merogol mangsa di sebuah restoran di sini pada minggu lalu.

Panggilan telefon kepada peguamnya, Melvin Neale oleh Bloomberg News tidak dijawab.

Ini bukanlah kali pertama imej keluarga Mandela terjejas berikutan insiden buruk.

Seorang lagi cucu ikon antiaparteid itu sebelum ini, Mandla, pernah disabit kesalahan menyerang seorang pengguna jalan raya berumur 40 tahun semasa satu pergaduhan. – AFP/AGENSI

0 Response to "Cucu Nelson Mandela didakwa merogol"

Catat Ulasan