
Annegret Raunigk bersama bayinya yang dilahirkan pramatang semasa
kandungannya berusia enam bulan setengah, telah pun dibenarkan pulang selepas
lebih tiga bulan ditahan di hospital.
Menurut doktor dari Jabatan Neonology Hospital Berlin Charite, anak kembar
Raunigk yang dilahirkan melalui proses pembedahan, pada mulanya mengalami
masalah berat badan tidak normal berbanding bayi biasa.
“Satu-satunya bayi perempuan kembar berkenaan iaitu Neeta memiliki berat
badan 700 gram sahaja ketika dilahirkan dan terpaksa diletakkan di dalam
inkubator.
“Namun, semuanya berjalan dengan lancar selepas Neeta bersama tiga abangnya
iaitu Bence, Fjonn, dan Dries membesar dengan baik dan sihat dalam masa yang
amat singkat,” kata Profesor Christoph Buhrer.
Tambah Buhrer, walaupun dibenarkan pulang ke rumah, kembar tersebut perlu
menjalani rawatan fisioterapi bagi memastikan mereka benar-benar sihat.
0 Response to "Nenek Lahirkan Kembar Empat"
Catat Ulasan