Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak mempertahankan kewujudan dana RM2.6 bilion di dalam akaunnya, bukan satu kesalahan.
Tegasnya, ia telah lama dipraktikan dan digunakan untuk kepentingan parti.
“Sewaktu Tun Mahathir dulu pun ada, tapi tak persoalkan dia.
“Saya hanya teruskan amalannya, di peringkat ini yang telah mejadi amalan parti,” katanya ketika berucap di Perasmian UMNO Bahagian Pasir Gudang.
Jelasnya, dana atas nama beliau telah gunakan untuk pelbagai tujuan.
“Tuan-tuan ingat senang ke nak jadi presiden parti?. Kadang-kala anda meminta wang dari saya untuk memperbaiki jentera, untuk belanja dapur dan saya bagi Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).
“Tetapi saya pula nak minta daripada siapa?,” katanya lagi kepada kira-kira 2000 perwakilan UMNO Pasir Gudang yanhg hadir.
Tegas Perdana Menteri, beliau tidak akan sesekali melakukan sesuatu yang bertentangan dengan undang-undang negara walaupun terpaksa mencari duit untuk membantu parti dan masyarakat.
“Sebab itu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan wang RM2.6 bilion itu bukan wang daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan ianya bukan rasuah.
“Ia sumbangan untuk kegunaan parti dan saya tak lakukan untuk kepentingan diri saya,” jelasnya.
sumber asal
0 Response to "Dana Parti : Perdana Menteri Dakwa Diwarisi Dari Amalan Tun Mahathir"
Catat Ulasan