JOHOR BAHRU -
Gambar seorang doktor 'junior' merakam gambar dirinya dengan isyarat 'peace'
sehingga menampakkan kemaluan/aurat pesakit wanita di sebuah hospital kerajaan,
tersebar di laman sosial.
Gambar yang dimuat
naik oleh pengguna Facebook, Kak Long, menunjukkan doktor berkenaan menunjukkan
isyarat 'peace' ketika sedang bertugas di Dewan Bersalin sehingga aurat pesakit
wanita itu juga terdedah kepada umum.
Menurut penyebar
gambar itu, Kak Long, memperolehi gambar tersebut dari rakannya.
"Saya terkejut
dengan kebodohan dan keangkuhan seorang doktor junior di sebuah hospital
kerajaan di Johor Bahru. Gambar ini telah ditunjukkan kepada saya oleh rakan. Si
ibu sedang mengalami sakit nak beranak, mereka bukannya mengambil serius tentang
si ibu, sebaliknya mereka memilih untuk bergambar pula.
"Tingkah laku dan
sikap yang tidak bertimbang rasa ini sangat menyakitkan hati saya dan rakan.
Paling tidak masuk akal, bahagian aurat si ibu juga terdedah dalam gambar
tersebut. Secara jujurnya saya tidak melihat sebarang tanda kejayaan seperti
isyarat 'peace' yang ditunjukkan oleh doktor berkenaan.
"Mohon ambil
perkara ini dengan serius dan kenakan tindakan tegas terhadap mereka yang
terlibat," katanya.
Di zon-zon
larangan seperti ini selalu melarang orang awam merakam sebarang gambar. Namun,
apa yang peliknya, kakitangan mereka sendiri yang melanggar larangan
tersebut.
Tidak hairanlah
mengapa sesetengah ibu mengandung memilih untuk melakukan homebirth berbanding
bersalin di hospital. Ini kerana bagi mereka, golongan perubatan ini tidak
mementingkan aspek pentingnya aurat seseorang wanita.
Meskipun hanya
untuk suka-suka di kalangan pegawai perubatan, apabila ada tangan yang gatal
menyebarkan gambar itu ke tempat lain, si pelakunya mungkin perlu bersedia untuk
menghadapi akibatnya akan datang. Berhati-hatilah semua.
0 Response to "Doktor Hospital Kerajaan Bergambar Dengan Kemaluan Pesakit Wanita Dikecam Orang Ramai"
Catat Ulasan