Butterworth:
Dua lagi rakyat Malaysia disahkan terkorban dalam tragedi berdarah letupan bom
di tengah-tengah Bangkok kira-kira 7 malam waktu tempatan malam
tadi.
Lebih
memilukan, kedua-duanya adalah ahli keluarga dua rakyat Malaysia yang disahkan
terkorban sebelum ini, sekali gus menjadikan empat sekeluarga rakyat Malaysia
antara korban tragedi itu.
Jurucakap
Kedutaan Malaysia di Thailand ketika dihubungi mengesahkan perkara itu, petang
tadi.
Sebelum
ini, dua yang dikenal pasti terkorban adalah Lim Siew Gaik, 49 dan anaknya, Neoh
Kar Chun, 20.
Terkini,
menantu Siew Gaik, Lee Ji Siang, 33, dan cucunya, Lee Jin Xuan, 4 pula disahkan
terkorban.
Kakak
Siew Gaik, Lim So See, 52, dipercayai masih hilang manakala suami Siew Gaik,
Neoh Hock Guan, 55, dan anak mereka yang mengandung lima bulan, Neoh Ee Ling,
33, terselamat.
Jiran
mangsa, Visen Lim Gim Seong,46, berkata, tujuh sekeluarga itu ke Bangkok pada 15
Ogos lalu dengan menaiki kereta api.
"Mereka
sekeluarga kerap ke Thailand untuk membeli-belah dan sembahyang malah kali ini,
Kah Chun yang masih menuntut di Taiwan turut menyertai percutian kali
ini.
"Mereka
semua memang rapat dan saya tidak menyangka tragedi ini akan berlaku kepada
mereka sekeluarga," katanya. -HM
0 Response to "Foto terakhir 4 sekelurga rakyat Malaysia sebelum bom meletup"
Catat Ulasan