KAJANG: Seorang wanita telah menjadi mangsa
rogol selepas kediamannya telah diceroboh oleh beberapa lelaki bersenjata di
rumahnya di Kajang Utama di sini.
Memetik laporan The Star, kejadian dikatakan
berlaku kira-kira jam 11.:30 pagi semalam di mana suspek dipercaya berumur
antara 28 hingga 30 tahun telah memecah masuk rumahnya melalui bumbung
dapur.
Ketua Polis Daerah Kajang Asst Comm Willey
Richard berkata, suspek mengugut wanita itu dengan pisau.
"Mangsa yang sedang berada di dalam biliknya
telah terdengar loceng rumah ditekan beberapa kali tetapi dia memilih untuk
mengabaikannya kerana tidak mengenali lelaki berkenaan."
Polis telah
mengeluarkan satu lakaran wajah suspek berdasarkan keterangan
mangsa
"Selang lima minit kemudian, mangsa terkejut
apabila melihat seorang lelaki telah berada di dalam biliknya sebelum lelaki
berkenaan mengikat tangannya di belakang dan merogol mangsa," kata beliau.
Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner
Willey Richard berkata, suspek lelaki bersenjatakan pisau itu kemudian memasuki
rumah mangsa melalui atap genting sebelum memecah siling rumah berkenaan.
Sebelum kejadian itu, suspek telah pergi ke
rumah mangsa dan memberitahu pengawal keselamatan bahawa dia datang untuk
memperbaikit talian telefon rumah berkenaan kerana rosak.
Semasa kejadian lelaki tersebut dipercayai
memakai seluar kelabu dan berkameja T putih. Selain merogol mangsa suspek juga
melarikan beberapa jenis barang kemas seperti tiga bentuk cincin , lima utas
rantai , subang, satu telefon bimbit dan wang berjumlah RM70.
0 Response to "SEBARKAN ! Perogol Tekan Loceng Sebelum Pecah Masuk Rumah Melalui Bumbung"
Catat Ulasan