Gara-gara losyen tangan, penyanyi Ziana
Zain terpaksa menanggung malu apabila mikrofon yang digunakannya
‘terbang’ ketika membuat persembahan pada majlis kemuncak Minggu Fesyen Kuala
Lumpur (KLFW2015) yang berlangsung baru-baru ini. Bagaimanapun Ziana menyifatkan
insiden yang tersebar dan menjadi viral di media sosial itu sebagai ‘drama lucu’
sepanjang karier nyanyiannya.
Sejak petang Isnin, video berdurasi 15 saat itu
menunjukkan mikrofon yang dipegang Ziana terlepas ketika penyanyi itu mengakhiri
persembahannya. Bagaimanapun Ziana mengambil semula mikrofon berkenaan dan
mengakhiri persembahannya dengan penuh yakin sambil memberi ucapan ‘That’s
it, Thank You!‘.
Sementara itu Ziana berkata, sebagai seorang
penyanyi, insiden seperti itu adalah perkara biasa yang dilalui oleh mana-mana
individu di atas pentas termasuklah selebriti bertaraf antarabangsa. Ziana turut
memberi nasihat kepada penyanyi-penyanyi lain supaya bertindak profesional
dengan sebarang situasi di luar jangka.
“Perkara seperti itu biasa terjadi kepada
sesiapa pun. Jadi sekiranya ada penyanyi berhadapan dengan situasi di luar
jangkaan seperti ini, tidak perlu gusar. Sebaliknya bersikap yakin di atas
pentas sehinggalah habis persembahan,” ujarnya.
0 Response to "(VIDEO) ZIANA ZAIN PERJELAS PUNCA SEBENAR MIKROFON ‘TERBANG’ KETIKA PERSEMBAHAN"
Catat Ulasan