Khas
Untuk Ibu Bapa yang Galak Kongsi Gambar Anak Comel Mereka di Laman
Sosial

Negara
kita digemparkan dengan kewujudan individu yang gemarkan seks dengan
kanak-kanak. Lebih mengejutkan apabila individu terbabit adalah rakyat Malaysia
sendiri.
Terbaharu,
Dr Shukri Abdullah memberi saranan khas kepada ibu bapa di luar sana agar
berhati-hati dalam berkongsi gambar anak mereka di laman sosial.
Baca
perkongsian beliau di bawah:
LETAK
GAMBAR ANAK SEBAGAI GAMBAR PROFIAL FB ANDA : FIKIR 19 KALI !!
Info
berikut diperolehi dari seorang rakan dalam group whatsapp rakan-rakan seasrama
sekolah saya dulu. Dia dapat dari wall FB Shanker Sundaram. Penting sangat kita
pakat share:
Seorang
lelaki hantar permohonan untuk jadi kawan FB anda. Anda tidak mengenalinya
tetapi nampak macam orang baik, jadi anda terima permohonannya.
Anak
kecil anda, perempuan, ke sekolah hari itu.Hari pertamanya. Dia nampak begitu
ayu dalam berpakaian seragam sekolah. Anda pun ambil beberapa gambar dan masuk
dalam FB untuk tatapan rakan dan keluarga. Anda teruja sekali menghantarnya ke
sekolah. Ya, ibu dan bapa yang begitu bangga. Semuanya dibutirkan dalam FB -
nama anak, nama sekolah dsb.
Sementara
itu rakan misteri yang anda terima sebagai kawan FB anda menyimpan gambar anak
anda itu dalam telefon bimbitnya.
Dia
kemudian hantar info kepada 60 lelaki dewasa lain seluruh dunia dengan
tulisan:
Budak
perempuan: Umur 7 thn
Rambut
Hitam, Mata Hitam
Comel,
$70,000
Anda
bukan sahaja memberikan gambar anak kesayangan anda kepada penjual kanak-kanak
(child trafficker), malah anda memudahkan kerjanya dengan memberikan nama,
alamat, nama sekolah, malah sesi pagi atau petang dan lain-lain info yang
memudahkan kerja jahatnya.
Kemudian
satu petang anda pergi ke sekolah untuk mengambil anak dari sekolah Dia tidak
kelihatan di mana-mana. Langsung anda tidak mengesyaki anak anda yang comel, ayu
dan disayangi keluarga itu sedang dalam perjalanan untuk dijual kepada seorang
lelaki berusia 43 tahun (pedophile - suka seks dengan kanak2) di Afrika Selatan.
Dia kini pening, hairan, takut, mengangis kerana tidak faham kenapa lelaki lain
yang membawanya ke satu destinasi yang tidak diketahui.
HENTIKAN
TERIMA DENGAN MUDAH ORANG YANG TIDAK DIKENALI SEBAGAI RAKAN FB.
HENTIKAN
LETAK INFO ANAK2 ANDA DALAM FB.
HENTIKAN
BERIKAN TERLALU BANYAK INFO YANG ORANG LAIN TIDAK PERLU TAHU DALAM PROFAIL FB
ANDA.
Tolong
pakat SHARE posting ini demi anak kecil tersayang serta keharmonian keluarga
kita semua.
(Posting
pertama dlm BI dibuat smlm. Oleh kerana isu ini terlalu penting saya terjemah
dgn sedikit pengubahsuaian).
0 Response to "Ini Padahnya Apabila Bangga Kongsi Gambar Anak Anda Di Laman Sosial"
Catat Ulasan