China – Memang pengotor dan memalukan. Gambar
ini membuktikan bagaimana seorang wanita dari China membiarkan anaknya membuang
air besar di bahagian tempat penyimpanan makanan dalam pesawat dengan alasan
tandas terlalu kecil.
Ketika itu, wanita terbabit dalam penerbangan
domestik dengan menaiki Shenzhen Airline dari Nanjing ke Guangzhou.
Selepas gambar itu yang dirakamkan semalam
dimuat naik ke media sosial, ia telah dikongsi beribu-ribu orang. Ia menyebabkan
orang ramai meluahkan rasa marah dan jijik dengan perbuatan wanita
terbabit.
Perkara itu disedari oleh seorang pramugari
apabila dia sedang mengira jumlah penumpang sebelum pesawat berlepas untuk
penerbangan selama dua jam itu.
Pesawat itu dinaiki oleh 180 penumpang dan
ketika pramugari tersebut menoleh ke belakang, dia melibat dua wanita sedang
mengelilingi seorang kanak-kanak. Salah seorang wanita itu adalah ibu
kanak-kanak terbabit manakala seorang lagi adalah saudara mara mereka.
Ketika kejadian, kedua-dua tandas tidak
berpenghuni namun kanak-kanak berkenan sedang membuang air di kawasan
berhampiran tempat menyimpan makanan dan tempat larangan kepada orang
awam.
Ia juga merupakan tempat di mana anak kapal
akan duduk ketika pesawat berlepas dan mendarat.
Lebih menyakitkan hati, wanita terbabit tidak
memohon maaf sebaliknya meminta anaknya mengambil masa untuk membuang air,
memandangkan pesawat masih belum berlepas.
Mengikut laporan, wanita terbabit telah diminta
supaya mencuci najis anaknya sendiri dan pesawat juga berlepas seperti yang
dijadualkan. - myNewshub
0 Response to "Jijik !! Berak Atas Lantai Dalam Kapal Terbang"
Catat Ulasan