Baru
sebentar, telefon berdering...
"Assalamualaikum puan." Terdengar suara esakkan
dihujung talian.
"Saya nak
masuk Baitus Solehah, boleh ke puan?"
"Kenapa
nak masuk Baitus Solehah? Awak dari mana?"
"Saya
mengandung, dari Johor." Masih terdengar esakkan apabila bercakap dengan suara
yang halus sayu.
"Berapa
umur awak?"
" 16
tahun. Boleh ke saya nak datang ke Baitus Solehah?"
"Boleh.
Mak ayah dah tahu?"
"Saya tak
nak mereka tahu, saya takde transport?"
"Datang
naik bas , nanti sampai Larkin Sentral, telefon saya, saya
jemput."
"Baik,
saya datang pagi ni , boleh?"
"Boleh,
jangan kemana mana bila sampai Larkin Sentral, tunggu saya
datang.."
Apabila
menerima panggilan remaja yang sedang kebingungan, tindakan kita ialah
menyelamatkan dengan meminta dia datang dulu, bertemu secepat yang mungkin
dengannya. Jangan tanya banyak2, cukup pertanyaan tu sekadar maklumat
penting.
Jika
sudah jumpa barulah tanya berbagai soalan. Selagi belum bertemu, jangan takutkan
atau membingungkan lagi keadaan remaja yang sedang bersedih. Mungkin fikiran
celaru mereka membuatkan mereka berada dibawah tekanan dan bertindak diluar
jangkaan.
Nanti
sudah bertemu, barulah bawa ke klinik swasta untuk buat pemeriksaan dan
mengesahkan dakwaan dia mengandung sebelum dibawa ke Balai Polis untuk buat
laporan.
1.
Laporan tentang dia mengandung
2.
Laporan dia datang secara sukarela, keluar rumah tanpa pengetahuan ibu
bapa.
Laporan
polis sangat penting untuk langkah melindungi kita dari dakwaan melarikan,
menculik atau apa sahaja oleh penjaganya.
Jika
anda, adakah abaikan panggilan begini? Kes ini banyak menyusahkan dan
mendatangkan beban kepada anda ...
Namun
atas dasar ehsan, atas dasar menyelamatkan ummah dan atas dasar mencari redha
Allah, bantulah dia yang telah tersasar dan kebingungan. Lihatlah wajah mungil
ini, jika kita tidak selamatkan ibunya, kemana dia dicampakkan?
Sumber :
Baistus Solehah
0 Response to "Kisahnya Disebalik Wajah Comel Bayi Ini Yang Menyentuh Hati"
Catat Ulasan