“Anda tidak memerlukan sepasang tangan untuk
memeluk seseorang, sebaliknya tekad untuk melakukan sesuatu yang mustahil dalam
kehidupan.”
Itu adalah kata-kata inspirasi seorang
juruterbang tanpa tangan, Jessica Cox, 32, ketika bertemu dengan seorang
kanak-kanak kecil, Ruth Evelyn Pranke yang juga memiliki kekurangan
sepertinya.
Pranke dipertemukan dengan Cox pada sebuah
program dokumentari khas yang dikendalikan oleh stesen televisyen ABC bertajuk
Right Footed, yang menceritakan pengalaman hidup juruterbang orang kurang upaya
(OKU) itu.
Pertemuan itu begitu menyentuh perasaan
sehingga mendapat pelbagai reaksi positif dari pelbagai pihak yang menontonnya
pada 24 Julai lalu.
Cox begitu teruja dengan pertemuan dengan
Pranke yang baru berusia tiga tahun, namun memiliki daya tahan tinggi sepertinya
untuk berjaya dalam hidup.
Menurut Cox, dia tidak menyangka keluarga
kanak-kanak itu sanggup memandu lebih dari enam jam dari Minnesota semata-mata
mahu bertemu dengannya dalam rancangan tersebut.
“Apabila saya melihat diri saya sendiri dalam
Pranke dari segi fizikal dan mental, saya menjadi teruja dan tersentuh.
“Semua orang tertanya apa perasaan kami ketika
bertemu kerana kami tidak boleh berpelukan kerana masing-masing tiada mempunyai
tangan, tetapi hakikatnya anda tidak memerlukan tangan untuk memeluk seseorang,”
katanya kepada ABC baru-baru ini.
Dalam pada itu, ibu Pranke, Karlyn berkata,
anaknya mahu melihat dengan mata sendiri apakah yang boleh dilakukan oleh
seseorang yang mempunyai kekurangan sepertinya.
Cox bukan sahaja boleh memandu kapal terbang,
malah menjalankan kehidupan biasa seperti orang lain seperti boleh memandu
kereta, bermain piano, dan komputer selain terlibat dengan program
motivasi.
Sumber

0 Response to "Kami Tak Perlu Tangan Untuk Berpeluk"
Catat Ulasan