Beijing: Seorang bayi buta sebelah mata selepas
seorang rakan keluarganya terlupa memadam pencahayaan ketika merakam gambarnya
dari jarak dekat.
Doktor berkata, daya penglihatan bayi tiga
bulan yang namanya tidak didedahkan tidak boleh dirawat akibat pencahayaan
kamera yang terlalu kuat apabila gambarnya dirakam dari jarak 35
sentimeter.
Ibu bapa bayi itu menyedari ada sesuatu yang
tidak kena dengan penglihatan anak mereka selepas gambar itu dirakam.
Susulan kejadian, jarak penglihatan mata kiri
mangsa berkurangan sementara mata kanannya buta.
Kerosakan itu dikatakan akan kekal dan tidak
boleh dipulihkan walaupun dengan pembedahan.
Setakat ini tidak dapat dipastikan sama ada
rakan keluarganya yang merakam gambar itu akan dikenakan tindakan
undang-undang.
Sumber
0 Response to "Buta Selepas Bergambar"
Catat Ulasan