Seorang
anggota polis trafik daerah Kajang terpelanting sejurus dirempuh seorang mat
rempit yang bertindak agresif melanggar sekatan jalan raya diadakan
polis.
Dalam kejadian jam 11.45 pagi semalam, anggota trafik itu, Mohd
Hizzuad Johari, 29, cedera di belakang kepala dan luka di badan akibat rempuhan
di jalan Batu 10 di sini.
Difahamkan, suspek enggan memberhentikan
motosikalnya untuk pemeriksaan sebaliknya cuba melarikan diri.
Ketua Polis
Daerah Kajang Asisten Komisioner Willey Richard berkata, rempuhan itu
menyebabkan suspek turut terjatuh dan cedera.
Menurutnya, anggota trafik
terbabit tidak sempat mengelak berikutan suspek menunggang laju.
“Mangsa yang
tertiarap di jalan raya dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan
Malaysia (PPUKM). Keadaannya kini dilaporkan stabil,” katanya.
Beliau
berkata, susulan itu polis menahan penunggang motosikal berusia 25 tahun
terbabit untuk siasatan lanjut.
Willey berkata, semakan rekod jenayah lampau
mendapati suspek mempunyai rekod bersabit kesalahan cubaan samun sebelum
ini.-hmetro
Sumber
Related Posts :
Kes Toreh Muka: Suspek Disyaki Orang Dikenali
Mangsa
Nur Syafiqa kini dirawat di hospital.
Kota Bharu: “Mungkin
orang dekat-dekat sini yang buat kerana ketika kejadian, memang … Read More...
Respon Dari Sorang Lelaki Mengenai Kelakuan Nur Shafiqa Mangsa Kekejaman [2 Gambar]Respon pengguna facebook mengenai Nur Shafiqa. Antara respon yang paling mengejutkan kami ialah komen seorang lelaki mengenai kelakuan Nur S… Read More...
(5 Foto) Kejadian Aneh 2 Pasangan Remaja Ni, Benar-Benar Menggemparkan Seluruh Penduduk Sungai Besar
PARIT
9, SUNGAI BESAR, SABAK BERNAM,,, difahamkan mangsa akan melangsungkan
perkahwinan blan 12 nie,, sye dpt info dri kawan2 mangsa 2 … Read More...
MH370 & MH17- Bukti Kukuh Berserta Gambar & Bukti Satelit Dikeluarkan Oleh Pihak RussiaTERKINI: segala bukti kukuh berserta gambar dan bukti satelit yang telah disahkan oleh antarabangsa yang dikeluarkan oleh Russia adalah betu… Read More...
Sayu : Wajah Pasangan Lemas Di Tali Air, Cinta Mereka Hingga Ke MatiSungai Besar : “Mereka merancang bertunang bulan ini dan berkahwin Januari depan, malah anak saya sudah memilih warna putih sebagai tema maj… Read More...
0 Response to "Kenapa Kami Kata Mat Rempit Ni Memang Kurang Ajar! Baca Ini..."
Catat Ulasan