Kenapa Muhyiddin Tidak Tahu Andaikata Benar RM2.6 Bilion Untuk UMNO?


Mengapa Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak tahu sumbangan RM2.6 bilion disumbang ke dalam akaun peribadi Datuk Seri Najib Tun Razak jika ia digunakan untuk UMNO, kata Rafizi Ramli.

Naib Presiden PKR itu merujuk kepada penjelasan Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN), Datuk Abdul Rahman Dahlan dalam wawancara di RTM1 pada Selasa yang memberitahu wang itu digunakan untuk menampung perbelanjaan parti untuk pilihan raya.

“Dalam wawancara dengan TV1 semalam, beliau (Rahman Dahlan) menggunakan alasan bahawa Selangor berada di bawah Pakatan Rakyat (PR) yang menyebabkan Najib memerlukan sumbangan sehingga RM2.6 bilion untuk menampung perbelanjaan.

“Bagaimanakah dengan perbelanjaan kempen sebegitu besar BN masih gagal memenangi kembali Selangor?

“Malah dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), Najib bukan sahaja kalah besar di Selangor, BN turut kalah besar di Pulau Pinang dan gagal merampas Kelantan.

“Kerusi Parlimen BN juga turut susut,” katanya.

Ahli Parlimen Pandan itu berkata, sekiranya setiap calon BN dalam PRU13 telah membelanjakan sumbangan itu, ini bermakna setiap calon BN telah melanggar peraturan pilihan raya dan kerusi mereka telah dimenangi secara tidak sah.

Sehubungan itu, Rafizi menyifatkan penjelasan Rahman dalam wawancara itu tidak masuk akal.
Dia menyarankan Najib berterus terang kerana semakin banyak penjelasan dibuat semakin membuka ruang kontroversi.


sumber asal

Related Posts :

0 Response to "Kenapa Muhyiddin Tidak Tahu Andaikata Benar RM2.6 Bilion Untuk UMNO?"

Catat Ulasan