Pelakon kontroversi
Putri Mardiana dikenakan waran tangkap yang dikeluarkan oleh
Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur pada hari Selasa lepas kerana gagal hadir
tanpa sebarang alasan kukuh pada perbicaraan yang melibatkan kes khalwat beliau
kali kedua bersama kekasihnya Ejump. Waran tangkap itu turut
dikeluarkan kepada penjamin Putri Mardiana yang sepatutnya hadir pada
perbicaraan tersebut.
Putri Mardiana dalam satu kenyataan berkata
dia merasa terkejut apabila waran tangkap itu dikeluarkan kerana sebelum
ini dia sama sekali tidak mengetahui akan tarikh perbicaraan tersebut
meskipun sudah beberapa kali menghubungi pegawai syariah untuk bertanyakan hal
berkenaan.
Sebelum ini saya pernah cuba menghubungi pegawai syariah untuk bertanyakan mengenai tarikh perbicaraan tetapi tiada siapa pun yang menjawab.Dua kali saya cuba. Tetapi tiada siapa yang menjawab panggilan. Berkenaan dengan kes perbicaraan semalam (Isnin lalu) saya memang tidak tahu.
Tidak mahu merumitkan lagi keadaan, Putri
Mardiana berharap masyarakat tidak memandang negatif kepada beliau kerana tidak
dapat hadir ke mahkamah.
Saya harap orang ramai tidak menuduh saya sebarangan kerana tidak hadir ke perbicaraan itu. Saya akan menghubungi pegawai yang berkenaan untuk menyelesaikan perkara ini.
Untuk pengetahuan anda, Putri Mardiana sebelum
ini dengan penuh yakin mendakwa kes khalwat beliau pada 14 Disember lalu tidak
akan dibawa ke mahkamah. Malah, beliau juga memberitahu bahawa dirinya dan
kekasih Ejump tidak bersalah dan serbuan itu telah dirancang oleh bekas isteri
Ejump.
0 Response to "KES KHALWAT: INI RESPON PUTRI MARDIANA ISU DIKENAKAN WARAN TANGKAP"
Catat Ulasan