Isu penyebaran video Nad Zainal yang dilihat
berkelakuan tidak sopan ketika berada di sebuah rumah anak yatim baru-baru ini
tidak perlu diperbesarkan selepas aktres itu mengotakan janjinya mengunjungi
semula rumah kebajikan berkenaan pada Rabu.
Nad berkata, kunjungan itu
bukan untuk menyelesaikan isu berkenaan sebaliknya memenuhi niatnya sebelum ini
yang ingin berjumpa semula kanak-kanak di pusat jagaan itu selepas kunjungan
pertamanya pada Ramadan lalu.
“Saya telah ke sana semula atas janji yang
telah dibuat ketika lawatan sebelum ini. Tiada kena mengena dengan isu yang
timbul. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan baik. Rasanya, tiada masalah
yang berlaku antara saya dan pihak rumah anak yatim terbabit,” katanya
kepada mStar Online.
Sementara itu, ketua pegawai Eksekutif A Klasse,
Asyraff Khalid berkata, sebagai sebuah syarikat pengurusan, dia mahu
menjernihkan kontroversi tersebut secara tidak langsung walaupun tujuan asal Nad
ke rumah anak yatim berkenaan bukan kerana isu tersebut.
“Niat kami ikhlas nak jumpa mereka. Sejurus
selesai menziarai mereka, Nad bercakap dengan saya, ‘Asyraf, Nad tak kisah apa
orang nak tulis, tapi, hari Nad happy sangat. Bagi saya, itu lebih bermakna.
Kami dapat meluangkan masa bersama-sama dengan anak-anak tersebut. Bila saya
nampak api, saya cuba jadi air, supaya api tak merebak dan bakar segalanya.
InshaAllah, kita sentiasa memperbaiki diri,” ujarnya.
0 Response to "(VIDEO) ISU KURANG SOPAN DENGAN ANAK YATIM – NAD ZAINAL ZIARAH ANAK YATIM KALI KEDUA?"
Catat Ulasan