Kisah Benar Lagi Sedih, Gadis Ini Dibunuh Sahabat Sendiri




Pada 23 Mac 2007, Noralina Ahmad Dasuki, 25, bekas pelajar Pusat Pengurusan dan Teknologi Lanjutan di Shah Alam telah mempelawa rakan sekolah lamanya, Juliana Md. Fuzi untuk satu sesi ‘makan-makan’ setelah agak lama mereka tidak bertemu rupa-rupanya Noralina dan teman lelakinya, Muhammad Khairul, 27, bekas pekerja sebuah stesen televisyen kabel sedang ‘merancang’ sesuatu terhadap Juliana yang juga seorang penuntut di Kolej Islam Antarabangsa bertempat di sebuah unit Pangsapuri Sunrise, Wisma Indah, Jalan Tun Razak, mereka telah menyamun Juliana, merogol sebelum membelit dan menjerut leher mangsa sehingga arwah meninggal dunia di tempat kejadian, kejam…memang kejam!






hasil siasatan, polis akhirnya berjaya memberkas Noralina dan Muhammad Khairul tidak lama selepas itu bicara punya bicara, pada 14 Julai 2009, kedua-duanya didapati bersalah dan dijatuhkan hukuman mati namun Noralina dan Muhammad Khairul tak berpuas hati dengan keputusan itu, mereka kemudiannya merayu lagi, kali ini ke Mahkamah Rayuan pula tetapi ternyata rayuan mereka sia-sia hari ini setelah lima tahun, Mahkamah Rayuan mengekalkan sabitan kesalahan dan hukuman mati terhadap mereka berdua panel tiga hakim yang diketuai Hakim Datuk Syed Ahmad Helmy Syed Ahmad berkata, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur tidak melakukan sebarang kekhilafan dalam penemuan faktanya apabila mensabitkan kesalahan mereka katanya, Mahkamah Rayuan tidak mempunyai peluang untuk membuat penilaian tentang tingkah laku saksi seperti yang dimiliki hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah “Kami tidak mempunyai alasan untuk mengatakan bahawa sabitan kesalahan ituadalah tidak wajar,” kata Syed Ahmad Helmy ketika menolak rayuan Noralina Ahmad Dasuki dan Muhammad Khairul Anuar Abdullah. 

panel itu turut dianggotai Hakim Datuk Abdul Wahab Patail dan Hakim Datuk Mohtaruddin Baki 

Mengapa aku bercakap mengenai kes ini? 

pertama, aku tidak faham mengapa suspek sanggup bersekongkol dengan teman lelakinya menyamun dan membunuh sahabat baiknya sendiri, walhal mangsa punyalah teruja untuk bertemu dengannya setelah lama mereka tak berjumpa….lagipun berapalah sangat yang boleh dapat kalau nak samun mangsa pun, dia bukannya anak jutawan!


pusara Allahyarham 


kedua, hati aku tersentuh bila membaca tulisan seorang lagi sahabat arwah yang dikongsinya dalam blog http://sazwan57.blogspot.com/2009/07/alhamdulillahkes-arwah-dah-selesai.html, bacalah kalau korang nak tahu lebih lanjut korang juga boleh baca nukilan yang ditulis oleh pensyarahnya di link ini…http://mamahayyanharraz.blogspot.com/2009/07/semoga-rohnya-tenang-di-sana.html


akhirnya keadilan berjaya ditegakkan untuk arwah buat Nuralina dan Muhammad Khairul, benar kalian telah disabitkan kesalahan namun masih punya waktu untuk bertaubat ingatlah, tiada siapa yang bebas dari melakukan kesilapan dan kekhilafan, sesat jalan, pulanglah semula ke pangkalnya sesungguhnya apa yang terjadi kepada Juliana waima Nuralina dan Muhammad Khairul sekalipun, mempunyai pengajaran tersendiri buat kita semua 
Al-Fatihah untuk Allahyarham Juliana Md. Fuzi.








0 Response to "Kisah Benar Lagi Sedih, Gadis Ini Dibunuh Sahabat Sendiri"

Catat Ulasan