Saya
bernikah dengan suami, awal 2011, salah saya tak berfikir panjang waktu tu..Ikut
hati. Saya perkahwinan ketiga dan merupakan isteri kedua. Isteri pertama
bercerai,dan sudah pun berkahwin lain.Yg kedua (dah naik jd no 1) dan saya no 2.
Waktu tu suami saya tidak berkerja tetap, ada masa ada duit dan bila tiada
maknanya tiada langsung. Saya selalu baca sms dari wife dikampung, tiada duit,
susu anak dan pampers. Macam macam lg.Saya jd kasihan.. saya selalu letak Rm50
atau bila awal gaji Rm100 dalam dompet suami. Saya tahu dia pasti bank in kat
kampung (isteri pertama dikampung ).Pada masa tu saya fikir, saya harus menolong
kerana siapa yg ada selain saya. Walaupun serangan fb berkaitan saya mengambil
suaminya hebat bermula.Tak mengapa, siapa tak sakit hatikan?
Tp betul org tua
kata, isteri diuji disaat suami tidak mempunyai apa, suami diuji disaat punya
segala..
Anak saya yg pertama baru 4 bulan, suami main cinta dgn budak umur
19 tahun, pelajar universiti. Seminggu habis 40k, macam macam dia beli handfon,
perfume sampai adik beradik budak tu semua dia beli.Sampai satu tahap mereka
bercuti berdua. Saya sabar, saya tak marah dan tak bergaduh. Saya fikir masa
saya sudah sampai.. karma saya sudah sampai. Saya pasrah saya redha.
Sewaktu
mereka bercuti, Allah swt menguji saya, isteri pertama dikampung yg memujuk saya
secara tiba tiba, pd dia saya meluah segala.. saya tak tenang, jgn kata hati tak
tenang.. duit, sedikit harta saya korban sebab saya tak suka suami bersedih.
Muram. Kami menjadi kawan baik. Kami menjaga antara satu sama lain. Bila dia
memerlukan kewangan, saya membantu sekiranya mampu.
Satu hari, suami pergi
out station, saya tahu.. tp saya tak bertanya. Senyap senyap saya follow sampai
ke airport, tak nampak pun. Saya kerumah budak perempuan tu dgn anak dan ibu,
kereta suami ada disitu. Allah... menggigil kaki saya, macam2 perasaan, marah
bengang semua ada. Saya balik kerumah.. saya pack barang barang suami dan niat
saya hantar kerumah budak tu. Ayah saya kata jangan hantar ke rumah budak tu,
jika betul betul nekad, hantar rumah ibu bapa suami.Dengan hati yg membara, saya
hantar ke rumah mak mertua dan saya ambil kereta suami dirumah budak perempuan
tersebut. Setelah bersemuka, dgn keluarga perempuan tersebut baru saya tahu yg
mereka membohongi keluarga dengan mengatakan saya gila talak.Nasib saya bawa
ibubapa saya sebagai saksi.
Lepas 2 bulan,saya menerima sms, dari budak
perempuan tu..mengatakan sudah memutuskan hubungan dgn suami saya. Saya balik yg
bertanya, mengapa? Bukankah kamu saling menyayangi? Saya tak pandai jaga suami..
saya itu dan ini, mcm mcm kurang.. saya dh redha, saya mengalah.. kata saya.
Allah menguji saya dan budak perempuan tu.. saya mengandung anak kedua..
akhirnya mereka putus dan saya tak tanya lg. Saya hanya menonton wayang di fb
dan twitter, mereka berperang sesama sendiri.
Saya maafkan suami.. kami
kembali bersama cuba..utk membina kembali. Tapi masih tidak serumah ,kerana
sepanjang kami serumah lebih kurang dua tahun,2 kali suami hampir memukul ibu
saya. SAYA ULANG,IBU SAYA .Pd suami dia bebas buat apa sahaja, jgn ditegur.Dia
berhak kerana dia SUAMI. Kami teruskan hidup dgn setiap minggu berjumpa,
habiskan masa menonton wayang, bercuti dgn suami, kdg2 dgn anak2 tiri.Saya
nampak perubahan,setiap hari saya berdoa agar perubahan tu berpanjangan..rezeki
dipermudahkan.
Selepas 2 tahun,saya diuji lagi.. suami bernikah disempadan
dgn janda anak 4,dan suami saya adalah perkahwinan ke tiga beliau. Saya dengar
melalui bekas isteri suami, Saya kata saya tak tahu..hampir sebulan kami tidak
berhubung,berikutan hubungan suami dgn perempuan juga.Tulah bercinta org lain,
nikah org lain. Pada hari itu saya hairan dengan diri saya sendiri, saya tak
menangis, mungkin saya tak ambil peduli.. mungkin sudah lali.
Awal tahun ini
saya menerima pm dari fb, dari seorang perempuan katanya mahu berterus terang.
Saya terima,orang baik saya sepuluh kali baik.Kami bertukar no fon, kami
whatsApp sepanjang malam. Suami dan isteri barunya minta saya mencuba kehidupan
baru ni. Saya cuba, tetapi mereka mempermainkan saya,kebaikan yg dihulurkan
hanya untuk melekakan saya agar tidak membuat sebarang laporan. Isteri baru
suami menyatakankata kekurangan saya..saya terlalu pentingkan kerja,tak ada masa
bersama dan terlalu mengikut kata ibu. Bagaimana saya tak pentingkan kerja ?
Jika rumah,api air,unifi,pampers susu,insurans,duit dapur dan duit bg emak semua
atas saya? Wallahi,saya tak minta suami sepanjang kami bernikah,ada bagi..tak
ada saya diam. Bagaimana saya tidak mementingkan ibu? Disaat yg paling sukar ibu
berada disamping saya,menjaga anak anak disaat saya mencari sesuap nasi.Saya
berusaha sendiri.Pada fikiran saya yg dikatakan kolot ni,tak mengapa suami tak
ada duit,saya ada.Kita org tua tak makan tak apa,anak2 perlu makan minum,susu
pampers mesti ada.Tu belum sakit mereka lagi,kita sakit makan panadol tidur
.Budak? Mereka tak tahu.
Setiap hari saya pulang kerumah ,saya tinggalkan
masalah saya dan suami didalam kereta,saya ukir senyuman utk anak2.Ibu saya tak
tahu perihal suami berkahwin lain. Suami dan isteri baru,daftar menggunakan
surat cerai suami dgn isteri lama. Saya termenung dipermainkan lagi,bukan
seorang kini dua org. Saya hanya melihat gambar kegembiraan mereka difb dan
instagram. Kadang kadang anak anak tiri menghubungi saya bertanyakan khabar dan
mengadu.Saya hanya mampu mendengar.
Tak mengapalah,saya kata once for
all.Jaga hati sendiri,salah saya tak hormat hati sendiri. Saya berfikir,saya tak
rugi apa2, saya cuma tak ada suami,saya masih beruntung ada kerja tetap,
rumah,kereta dan anak2.
Saya bersyukur Allah SWT masih sayang ,ujian saya ni
kecil jika dibandingkan dgn isteri2 yg jd mangsa aniaya. Akhirnya, saya membuat
permohonan cerai,Alhamdulillah, saya tenang, walaupun saya kemahkamah seorang
diri tanpa ditemani sesiapa,saya tahu saya kuat.Allah ada,Allah lindung saya.
Saya tak tuntut apa2 dengan suami,hanya lepaskan saya cara baik.Kalau dia ingat
anak-anak, berilah duit belanja, jika tidak..tak apa,ada rezeki lain utk
anak.Kalau dulu saya ikut hati, sekarang saya serah kepada Allah,bulat-
bulat.
Buat isteri diluar sana,kalau suami ada perempuan lain,jangan menangis
atau murung,bangkit.. kalau tak kerja, cari kerja.Belajar berdikari.Doa banyak
banyak. Doakan urusan saya dipermudahkan. Thanks admin.
0 Response to "Kisah Benar - Pesan Saya : "Kalau Suami Ada Perempuan Lain, Jangan Menangis""
Catat Ulasan