Dalam beberapa kejadian sebelum ini dan kejadian terbaru 17 Ogos lalu, mangsa diliwat lelaki berusia 33 tahun itu di kediaman bekas gurunya di Sungai Bakap di sini.
Suspek yang mengenali mangsa sejak mengajar di tahun enam di sebuah sekolah rendah di kawasan itu sering menjemput mangsa ke rumahnya setiap kali mahu melempiaskan nafsu songsangnya.
Sumber berkata, suspek turut mengenali ibu bapa mangsa berikutan sering datang ke rumah mangsa dan membawa mangsa ke rumahnya dengan alasan bagi melakukan ulang kaji.
“Mangsa memang rapat dengan ustaz terbabit selepas suspek pernah menjadi guru agamanya ketika di bangku sekolah rendah dan sering datang ke rumah mangsa,” katanya di sini, semalam.
Namun, menurutnya, selepas lebih setahun lakonan ustaz puaka itu, perbuatan jijiknya terbongkar apabila mangsa mengadu kepada ibu bapanya yang dia tidak tahan dijadikan pemuas nafsu suspek.
Katanya, mangsa memberitahu keluarganya bahawa dia sering diliwat suspek dan akan dimarahi sekiranya melawan.
Sumber berkata, sebaik dimaklumkan perkara itu, keluarga mangsa tampil membuat laporan di Balai Polis Sungai Bakap, kelmarin.
“Sejurus menerima laporan dibuat mangsa, polis terus menahan suspek pada hari sama dan menjalankan siasatan di rumah ustaz berkenaan.
“Mangsa kini tertekan dengan situasi yang menimpanya selepas diperlakukan seperti hamba seks oleh suspek sejak setahun lalu,” kata sumber itu.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS) Superintendan Wan Hassan Wan Ahmad mengesahkan menerima laporan dan tangkapan terhadap suspek.
Beliau berkata, pihaknya kini menunggu laporan kesihatan mangsa daripada Hospital Sungai Bakap (HSB) dan kes disiasat mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan kerana meliwat.
0 Response to "Lakonan 'Ustaz Puaka' Liwat Pelajar Terbongkar"
Catat Ulasan