Seorang lelaki beraksi
bagaikan hero ketika menyelamatkan kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun yang
bergelut dengan tiga lelaki dalam cubaan culik di Jalan Sekolah Kebangsaan
Sungai Pasir, di Sungai Petani, semalam.
Kejadian dipercayai berlaku jam 7 pagi ketika kanak-kanak terbabit yang juga anak tunggal dikatakan ke padang berhampiran rumahnya untuk mengutip batu bagi aktiviti di sekolah sebelum dihampiri lelaki berusia 20-an yang datang menaiki van.
Ibu mangsa yang mahu dikenali sebagai Aini, 30, berkata, anaknya memaklumkan ketika leka mengutip batu, tiba-tiba lelaki datang menghampiri lalu menarik lengannya dengan kuat.
“Ketika itu, berlaku pergelutan antara anak saya dengan lelaki terbabit sebelum muncul lelaki berusia 30-an menaiki motosikal datang membantunya.
“Anak saya memberitahu lelaki yang membantunya turut dihalang dua lelaki berusia 20-an yang berada di dalam van berwarna putih dengan menggunakan parang dan ketika itu, anak saya mengambil kesempatan melarikan diri,” katanya ketika dihubungi.
sumber

0 Response to "Lelaki Bagaikan Hero Apabila Berjaya Selamatkan Budak Dari Di Culik"
Catat Ulasan