Polis Russia semalam mula menyiasat satu pertandingan menerusi media sosial
popular negara itu yang menawarkan hadiah untuk ‘selfie terbaik dengan
mayat.’
Satu komuniti dalam VK, versi Facebook di Russia dengan 70 juta pengguna,
mempelawa ahlinya memuat naikkan gambar selfie dengan mayat dan menawarkan
hadiah wang tunai kepada gambar terbaik, kata polis, semalam.
Komuniti itu yang menggelar diri mereka ‘Selfie Dengan Si Mati’ menjanjikan
hadiah antara 1,000 dan 5,000 rouble (RM60 dan RM300) untuk gambar
terbaik.
Pentadbir kumpulan itu meletakkan syarat bahawa mereka yang merakam selfie
perlu tersenyum kerana si mati sudah ‘berpindah ke alam lebih baik.’
Laman ‘Selfie Dengan Si Mati’ itu dipenuhi gambar mereka yang berselfie di
sisi mayat.
0 Response to "Pertandingan PELIK, Selfie Dengan Mayat"
Catat Ulasan