Kuala Lumpur – Presiden Pertubuhan Martabat
Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM), Abdul Rani Kulup Abdullah kecewa apabila
difitnah cuba mengelak daripada mendengar bacaan doa Hindu dalam upacara
pengebumian salah seorang rakannya yang berbangsa India.
Gambarnya, memakai ‘head phone’ di upacara
kematian rakannya kemudian dimuat naik di laman sosial.
Jelasnya, ‘head phone’ yang digunakannya itu
hanyalah untuk memudahkannya menjawab panggilan telefon.
“Ayah memang biasa gunakan ‘head phone’ itu
kerana ayah dapat dengar panggilan telefon dengan lebih jelas.
“Sekiranya ada kata ayah pakai ‘head phone’
untuk tidak mendengar bacaan doa agama Hindu, itu tidak tepat. Kalau pakai ‘head
phone’pun dengar juga,” katanya ketika dihubungi FMT.
Berikutan penyebaran gambar berkenaan, Rani
Kulop memberi amaran kepada pihak-pihak tersebut supaya berhenti menyebarkan
fitnah terhadapnya.
Katanya, mereka perlu berbangga kerana dia
mengamalkan sikap terbuka dan saling memahami budaya masyarakat di
Malaysia.
“Walaupun beliau berbangsa India, tetapi ayah
hormat dia, lebih-lebih lagi sebagai seorang rakan ayah.
“Sepatutnya mereka suka orang Islam melawat ke
pengebumian agama lain,” katanya yang membahasakan diri sebagai ayah.
Terdahulu di laman Facebook telah tersebar
sekeping gambar yang mendakwa, “Ayahanda Kulop Kipidap pakai ‘head fon’ bagi
mengelak dengar bacaan kitab selain Quran. Dibimbangi akidahnya terpesong ketika
melawat kematian rakannya” tulis Era Pasca.
0 Response to "Pakai Headphone Kerana Tidak Mahu Dengar Doa Hindu ? - Ayah Tampil Dedah Punca Sebenar"
Catat Ulasan