Lihat juga bagaimana ‘berjayanya’ P Ramlee
dijatuhkan oleh bangsanya sendiri sehingga tumbang dan tersadai. Tahukah anda,
sewaktu hidupnya beliau tidaklah hidup senang seperti artis-artis pada hari ini
dan tidak begitu dihargai malah di penghujung hayatnya, beliau telah jatuh
miskin, dipulau rakan-rakannya, dijatuhkan, dicaci dan dimalukan serta banyak
ditimpa kekecewaan dan kesedihan. Jasa beliau hanya diangkat, dihargai dan
dikenang setelah pemergiannya.
P. Ramlee : Genius Yang Tragik
Ketika hidupnya, beliau di hina. Di akhir-akhir
hayatnya, beliau di kerasumbangkan. Tidak ada kawan, tidak ada sekutu. Wartawan
hampir bersatu menjatuhkannya. Kerajaan gagal menghargai beliau semasa hayatnya.
Di tamatkan kontrak oleh EMI, ditamatkan kontrak oleh Shaw Brother, P. Ramlee
meniti saat akhir hayatnya dengan penuh kegetiran.
Beliau tidak meminati politik dan plotting.
Beliau tidak suka apa-apa taktik kotor dan “anything underhand”. Beliau juga
tidak pernah mengata keburukan sesama seniman. Bagi P.Ramlee – hidupnya –
keseluruhan hidupnya hanya diabadikan kepada kerja-kerja seni sahaja.
Mati dalam kemiskinan, namun khazanah negara
melalui filem dan muzik kekal abadi. Negara ini
terhutang budi kepada P.Ramlee. Walaupun
gelaran Tan Sri yang dianugerah kepadanya selepas kematian beliau bagaikan
‘sia-sia’, saya masih menyokong P.Ramlee di anugerahkan gelaran Tun.
Namun khazanah negara filem-filem karya beliau
bukan milik beliau, bukan juga milik Malaysia. Setiap kali kita menonton filem
agungnya, Shaw Brother adalah orang yang meraih keuntungan. Filem-filem seperti
Pendekar Bujang Lapok, Ibu Mertuaku dan Nujum Pak Belalang merupakan hak cipta
Shaw Brother. Shaw Brother yang mengaut keuntungan dengan hasil kreatif P.Ramlee
dan Shaw Brother yang sama memusnahkan kerjaya Seniman Agung itu.
Shaw Brother telah berkomplot dan memulakan
perang media memburukkan P.Ramlee, menurut sekutu P.Ramlee Datuk H.M. Shah.
Hasilnya, beliau dipulaukan, diejek dan diboo oleh bangsanya sendiri. Menurut
dokumentari arahan Shuhaimi Baba, P.Ramlee merupakan seorang pengarah pertama
Melayu yang menyimpang dari tradisi meniru filem ala India.
Melalui filem seperti Semerah Padi, P.Ramlee
meninggalkan langsung budaya ‘bikin filem’ ala India. P.Ramlee memasukkan
unsur-unsur akar umbi budaya dan adat resam Melayu. Malah dalam sebuah
temuramah, P.Ramlee menyatakan dengan jitu jika muzik irama Malaysia seperti
joget dan
sebagainya tidak diterap ke dada generasi
Melayu, lama kelamaan seni warisan nenek moyang ini akan hilang. P.Ramlee memang
seorang patriotik dan menyayangi bangsanya Melayu.
Dan Melayu sebahagian besar menolak dan
mencemuh karyanya disaat menjelang kematiannya. Cukong seperti Shaw Brothers
dengan duit dan pengaruh lebih berkuasa memperkotak-katiknya genius Melayu yang
sukar dicari ganti ini.
Menjelang kematian Napoleon Bonaparte, beliau
sempat menulis sesuatu yang menggetarkan jiwa saya apabila membacanya. Selepas
beliau disahkan mati, seseorang menemui kertas ditangan Maharaja Perancis yang
mati dalam buangan di Pulau St. Helena. Ini kata-katanya:
“A New Prometheus, I am nailed to a rock to be
gnawed by a vulture. Yes, I have stolen the Fire of Heaven, and made a gift of
it to mankind. The Fire has returned to its sources, and I am here! The love of
glory is like the bridge that Satan built to pass from Chaos across Hell to
Paradise; glory link the past and the future across a bottomless abyss. Nothing
to my son except my name!”
Kata-kata itu lebih tepat untuk ditujukan
kepada P.Ramlee. Sebagai pemula sebenar ‘filem Melayu’, beliau telah mencuri
‘Api Syurga’ yang membawa sinar baru kepada bangsa Melayu, tetapi dengan harga
yang perlu dibayar. Seperti nasibnya Prometheus dalam mitologi Greek yang
mencuri ‘Fire of Heaven’ dan memberi ilmu kepada mere mortal(manusia biasa),
beliau telah dihukum oleh Zeus.
Hukuman bagi Prometheus adalah beliau dipaku
kepada batu batan dan akan datang burung hering memakan hatinya. Hatinya akan
tumbuh semula untuk kembali dimakan oleh hering. Seperti
Prometheus, menjelang kematiannya, P.Ramlee
telah ‘makan hati.’ Ini tidak disedari oleh bangsanya yang terus-terusan
mengejeknya hingga beliau meninggalkan kita untuk selamanya pada 29 Mei
1973.
Ironinya, beliau menjadi abadi selepas itu.
Seperti kata Renoir tentang lukisan yang dihasilkan dengan kesakitan kerana
beliau cacat:
“The pain passes; but the beauty
remains.”
– Al Fatihah buat Tan Sri P Ramlee –
0 Response to "Punca Sebenar Allahyarham P.Ramlee Jatuh Miskin Sebelum Meninggal Dunia Yang Belum Pernah Didedahkan Oleh Media Sebelum Ini"
Catat Ulasan