Ramai orang mengira usianya baru 25 tahun bahkan kerap disangka teman lelaki anaknya ketika berjalan bersama.
Kenalkan Pamela Jacobs.
Inilah wanita cantik berkulit gelap dari England yang “awet muda” dan masih
kelihatan seperti berusia 25 tahun. Namun anda akan terkejut apabila
mengetahui umur sebenarnya iaitu 52 tahun. Malah Pamela sudah mempunyai anak
lelaki yang sudah berusia 21 tahun.
“Banyak lelaki memberi
komen tentang penampilan saya dan mereka tidak percaya saya sudah tua,” kata
Pamela ketika ditemuramah Dream dari Oddity
Central.
Yang lucunya, si anak yang
sudah semakin dewasa berasa malu ketika mereka berjalan bersama kerana kelihatan
mereka seperti sedang berpacaran. “Ada suatu ketika, seorang kawan anak saya
menyangka kami seperti pasangan yang sedang bercinta ,” ujar Pamela sambil
tertawa.
Pamela amat gembira dan
terharu dengan pujian dari orang ramai kerana penampilannya masih di anggap muda
lagi. Namun Pamela menjelaskan bahawa dia lebih suka lelaki yang sama
usia dengannya. Memiliki penampilan seperti anak muda kadang-kadang
membuatkannya rasa kurang selesa dan ganjil kerana selalu mendapat perhatian
orang ramai.
Ketika menjalani
pemeriksaan kesihatan beberapa tahun yang lalu, doktor seolah tidak
percaya Pamela berusia 50 tahun. Doktor itu berkeras mahu melakukan pemeriksaan
kesihatan berulang-ulang kali dan akhirnya dia percaya bahawa Pamela memang
sudah berusia serta sangat kagum dengan penampilannya yang kelihatan masih muda
lagi.
Pamela juga berkongsi tips
bagaimana penampilannya kelihatan lebih muda berbanding usianya yang sudah
tua. Menurutnya, penampilan mudanya diperolehi dengan mengamalkan diet sihat,
aktiviti senaman, dan menggunakan minyak kelapa. “Saya pencinta minyak kelapa,”
katanya.
“Ibu saya menggunakan
minyak kelapa pada rambut dan kulit anak-anaknya ketika masih kecil. Dan saya
mengamalkan tradisi ini sehingga sekarang. Saya menggunakan minyak kelapa untuk
memasak, membuang make-up pada wajah, untuk rawatan rambut dan sebagai pelembab
untuk tubuh badan saya.
Pamela mengelakkan
mengambil bahan berasaskan gandum seperti roti dan pasta, kerana boleh
menyebabkan kegemukan. Pamela juga tidak memakan buah kerana kandungan gulanya
yang sangat tinggi, tetapi dia mengamalkan mengambil sayur-sayuran sebagai
pengganti buah-buahan.
Dia juga melakukan rawatan
sauna setiap minggu dan mandi wap untuk menyingkirkan kulit mati di wajahnya
setiap dua hari sekali.
Tambah Pamela lagi, rahsia
utama untuk kelihatan muda adalah terletak pada sikap dan hati seseorang itu.
“Saya rasa rahsia awet muda adalah selalu senyum setiap hari,”
katanya.
“Perkara terbaik tentang
tampak awet muda ialah ianya membuatkan saya mempunyai keyakinan diri yang
tinggi serta rasa disayangi oleh semua orang. Saya tidak sempurna dan saya juga
memiliki kekurangan seperti orang lain, tapi saya bersyukur dengan apa yang saya
miliki hari ini,” tambah Pamela.
0 Response to "Pamela Jacobs Wanita Berusia 52 Tahun Tapi Awet Muda"
Catat Ulasan