Pelakon Pekin Ibrahim menyifatkan
tuduhan Ahmad Idham mengatakan dia mengkhianati penerbit filem itu dalam
perjanjian menghasilkan filem Mat Motor adalah mengarut.
Pekin atau nama sebenarnya Mohd Iznan
Ibrahim, 34, berkata, Ahmad Idham tidak sepatutnya memberi kenyataan tersebut
memandangkan dia tiada kaitan dengan projek berkenaan.
"Ini projek dan idea asal saya bersama seorang lagi rakan, Azwan Annuar yang kini sudah meninggal dunia. Bagi menjayakan projek ini, sudah pasti saya mencari penerbit untuk menggerakkan pembikinan filem ini dan diakui Ahmad Idham juga antara penerbit yang disenaraikan.
"Tetapi segala mesej menerusi WhatsApp saya tidak dibalas, jadi saya pun cari orang lain. Maka saya anggap dia tak berminat. Kalau berminat, dia dah mula bagi duit untuk mulakan filem ini. Saya tidak khianati dia pun," katanya kepada mStar Online.
Ahmad Idham sebelum ini pernah meluahkan rasa terkilan terhadap Pekin kerana mengkhianatinya berhubung usaha sama tersebut.

Ahmad Idham
Kata Ahmad Idham idea asal Pekin itu telah dikembangkan bersama-sama kira-kira lima bulan lalu untuk dijadikan filem tetapi ia sudah 'dilarikan' Pekin kepada pihak lain di luar pengetahuannya.
Sementara itu, Pekin berkata, isu tersebut tidak sepatutnya diperbesarkan memandangkan penerbit itu tidak memberi respons mengenai perancangan seterusnya filem itu.
Bagaimanapun, Pekin turut menegaskan tidak akan teragak-agak untuk membidas Ahmad Idham sekiranya projek tersebut 'diganggu'.
"Kalau dia kacau saya lagi, saya kacau dia balik. Dulu saya mungkin budak-budak. Tetapi sekarang saya dah tua. Saya dah sama dengan dia.
"Saya hormat dia sebagai seorang anak seni. Tetapi kalau saya jadi dia, saya tidak akan bertindak melulu memberi kenyataan media seperti itu.
"Saya tuan punya karya, suka hati sayalah nak buat dengan siapa," ujarnya.
Mengenai filem Mat Motor, filem terbitan Viper Studios diarahkan sendiri oleh Pekin dengan kerjasama Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ).
Penggambaran filem tersebut telah pun selesai di tujuh buah negeri iaitu di Kelantan, Terengganu, Johor, Melaka, Kedah, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur.
Selain itu, Mat Motor turut mengumpulkan ramai pelakon terkenal seperti Shaheizy Sam, Syamsul Yusof, Faizal Hussein, Rosyam Nor, Cat Farish, Zul Huzaimy termasuk Pekin Ibrahim sendiri.
-mstar
0 Response to ""Saya Tak Khianati Ahmad Idham" - Pekin Ibrahim"
Catat Ulasan