![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg8Ne6XrHSiCCzFO9NHzqo0hyoQJrEH8juUSByWCxowPgyg90_UocDL_DWXG5n2GggPoS2tzO6GA2jnOhA7HiiX1Wg9gE4jJOqDfO4Tb6Eil83EMOhcq6h_dBh_C1CRL_wt0nSYs1RC1z17/s640/Peminat-Bergaduh-Bila-Sharifah-Sakinah-Cium-Suami-Sendiri-ROTIKAYA_in.jpg)
KONTROVERSI dan Sharifah Sakinah sememangnya
berpisah tiada. Malah, kritikan yang diterima tidak pernah berkudis di
hatinya.
Sinonim dengan perangai
selamba, Sharifah Sakinah sekali lagi mengejutkan ramai apabila berkongsi gambar
bercumbu bersama suami menerusi laman Instagramnya.
Seperti biasa, gambar
tersebut mengundang kritikan dan kecaman sesetengah peminat yang berpendapat
adegan bercium mulut agak keterlaluan dan menunjuk-menunjuk untuk dikongsikan
dengan umum.
Namun, tidak kurang juga
yang menyokong foto tersebut dan menyifatkan ianya tidak salah kerana Sharifah
Sakinah dan Aliff mempunyai ikatan sah sebagai suami isteri.
Alahai, tak pasal-pasal
peminat Sharifah Sakinah berbalah sesama sendiri menyatakan pendapat
masing-masing berkenaan isu ini.
Kontroversi seperti ini
juga pernah menimpa Johan Raja Lawak dan isteri, Ozlynn ketika
berlangsungnya Anugerah Bintang Popular Bintang Harian (ABPBH) 2014
dahulu.
Jika difikirkan, perbuatan
cium mulut secara terbuka sememangnya bertentangan dengan budaya timur
membuatkan ramai beranggapan ianya kurang manis untuk dikongsi buat tatapan
umum.
Sumber
0 Response to "PANAS - Gambar Sakinah Comolot Dengan Suami Dikecam"
Catat Ulasan