TIONA Rodroguez, 18, pada
mulanya ditangkap kerana ‘kantoi’ mencuri di butik Victoria’s Secret namun
penemuan apa yang ada dalam begnya selepas itu jauh lebih mengejutkan pihak
keselamatan.
Ianya adalah mayat seorang
bayi lelaki.
Ketika perbicaraan
berlangsung Khamis lalu, pendakwaraya Rachel Ferrari memberitahu mahkamah bayi
itu dipercayai dibunuh Rodriguez dan dia dalam perjalanan untuk menanam mayat
apabila memutuskan untuk singgah ke butik yang terletak di Harold’s Square, New
York di mana dia ditangkap mencuri, pada 2013.
Rodriguez yang turut
mempunyai seorang anak lelaki yang dilahirkannya ketika berusia 14 tahun,
dikatakan bertindak membunuh bayi itu kerana mahu menyembunyikannya daripada
pengetahuan keluarga yang langsung tidak sedar dia sedang hamil.
Peguam Rodriguez
bagaimanapun mendakwa, anak guamnya mengalami keguguran pada hari kejadian dan
tidak tahu apa yang mesti dibuat dengan mayat bayinya.
Ferrari berkata, pihaknya
yakin Rodriguez sememangnya sudah merancang pembunuhan bayi yang dikandungnya
tanpa pengetahuan keluarga itu dengan teliti.
“Apabila tahu sudah tiba
masa untuk melahirkan, dia pergi ke rumah seorang rakan yang terletak jauh dari
kawasan rumahnya, gunakan bilik air rumah tersebut untuk melahirkan bayi sebelum
memotong tali pusat dengan tangan sendiri.
“Siasatan dapati bayi itu
masih hidup ketika lahir jadi dia telah membunuhnya. Selepas itu dia merancang
untuk makan sebelum menanam mayat.
“Namun dia kemudian menukar
fikiran untuk singgah ke butik pakaian dalam dan mencuri di sana. Pakaian yang
dicuri diletakkan dalam beg sama yang mengandungi jasad bayinya,” kata
Ferrari.
Tambah Ferrari, tidak ada
perasaan panik dialami ibu muda tersebut kerana dia sudah mempunyai pengalaman
melahirkan anak sebelum ini.
Penyiasatan mendapati,
Rodrigez juga pernah hamil dan melahirkan anak pada 2012 dalam tab mandi namun
memberitahu teman lelakinya anak tersebut mati ketika dilahirkan.
Dia dipercayai melupuskan
bukti dengan membakar mayat bayi tersebut.
Perbicaraan masih
berlangsung dan jika sabit kesalahan, Rodriguez boleh dijatuhi hukuman sehingga
15 tahun penjara.
Sumber
0 Response to "Remaja Mencuri Di Victoria’s Secret Sambil Bawa Mayat Bayi"
Catat Ulasan