Rasanya
tidak lama dahulu Pian Cecupak sudah pernah melahirkan rasa keinsafannya kerana
melakukan perubahan terhadap wajahnya. Malah Pian sendiri
sudah pun membuang colagen yang pernah disuntiknya satu ketika dahulu. Tindakan
tersebut amat bagus dan terpuji. Namun sebentar tadi menerusi Facebook
Media Hiburan, gambar terbaru pelawak ini telah pun menjadi
perbualan orang ramai. Rata-rata melahirkan rasa terkejut dengan penampilan
terbaru Pian Cecupak.
Abang
Nara mati-mati ingat Pian Cecupak yang sebelah kiri (lelaki hensem tersebut).
Rupa-rupanya yang belah kanan. Tidak diketahui apa motif Pian memakai baju
perempuan dan membuat solekan seperti kaum Hawa. Kemungkinan besar ada majlis
yang dihadiri. Mungkin Pian menjadi MC untuk majlis tersebut. Namun ternyata
penampilan tersebut membuatkan orang ramai bercakap mengenai Pian. Antara
komen-komen yang menarik ialah:-
Abang
Nara sebenarnya paling anti dengan lelaki yang cuba menyerupai perempuan. Tak
sesuai sangat-sangat di mata Abang Nara. Tak kiralah pelakon ke, pelawak ke,
orang biasa ke. Negara kita ini dahlah baru-baru ini ada kes mengenai
transgender ini. Kang tak pasal-pasal makin ramai kelompok ini yang semakin
berani selepas ini. Banyak lagi cara lain untuk menghiburkan orang ramai.
Rasanya tak perlu nak berpakaian sebegini. Tak gitu? Apa pendapat anda?
0 Response to "PIAN CECUPAK SEMAKIN DIBENCI DENGAN KEMUNCULAN BARU"
Catat Ulasan